Thursday, October 27, 2011
Monday, October 3, 2011
coretan jalanan insan sepi...
sepi itu indah...dalam kesepian terkandung seribu makna kehidupan...seribu harapan...sejuta impian... cerita sang perantau... hidup tak selalunya ceria..kadang-kadang timbul duka... hujan tidak semestinya berakhir dengan pelangi yang indah...kadang-kadang dihadiahi dengan banjir dan kemusnahan alam... kadang-kadang bilamana malapetaka itu datang, rasa macam kena gelek ke bumi dek buldozer...tak mampu dah nak bangkit...tapi bila boleh bangun..tergambar seribu...malah berjuta juta rasa berbangga dan puas hati...
ingatlah tuhan tak jadikan sesuatu dengan sia-sia... ada manfaatnya di kemudian hari... hanya penglihatan melalui mata hai yang dapat menilainya... tapi hati ini terlalu naif... selalu berbantah membuat keputusan... apa erti hidup...jika tiada takwa dan iman...
Wednesday, September 28, 2011
aura budak baju kuning
Rindunya zaman dulu-dulu masa kat emaresem muo...siapa kata duk boarding school tak best...silap beso la beb...itu antara fasa dalam roda kehidupan yang paling seronok dalam hidup...for me la... duk asrama segala macam benda jd pengalaman, pengalaman manis, pahit , payau, kurang gula, kelat sume ada...complete set la katakan...
All of this thing like yesterday happen.macam baru semalam je pi daftar kat emaresem...baru semalam je habis minggu xtvt...baru semalam je pi tunas saintis kat mrsm beseri... baru semalam je pi mrsm taiping... baru semalam je pecah masuk bangunan akdemik pukul 3 pagi... pecah masuk pusat sumber sebab nak tengok bola... padahal takde la tgk sgt pun... baru semalam je pi intai asrama puteri tengah-tengah malam... baru semalam je habiskan kertas SPM dan tinggalkan emaresem... dan macam baru semalam je aku masih lagi budak sekolah yang xtvt utama hanya gelak ketawa riang ria sakan... bila exam je baru rasa nak studi...the rest....
Hujung September 2011. Syawal tinggal sehari je lagi. Pejam celik... pejam celik... dah sebelas tahun dah aku tinggalkan alam sekolah... masa cepat berlalu... macam baru semalam jugak dapat result SPM, dapat tawaran matriks, dapat tawaran masuk u, dok pening nak ambik ke tak tawaran tajaan belajar... anyway sumenye dah lepas...dan kini bila imbas kembali memang dah jauh masa-masa tu sebenarnya. Sume orang dah besar. dah dewasa... membesar bersama masa dan usia..
Rindu kat masa yang telah berlalu...rindu kat budak sekelas yang macam-macam ragam...Farah Khalidah musuh utama...pantang tertoleh ada je salah...mcm kutub utara ngan kutub selatan...keri si kaki tidur...tdo je kejenya...tak tdo pun mata mmg dah kuyu... afzan... gaya muka budak innocent...naziif...si pencuri hati no satu...habis sume girl syok kat dia... apa mambang dia pakai entah... tanjung... penjenayah kelas bawahan... ijam master mind xtvt jenayah... heartless... latip... penuh dengan renungan air batu...cool habis la kononnya... pejal n nahar... rakan utama xtvt jenayah aku...ita...bwp yg byk cover ktorang... thanks... mai... jo.. hasu... n others...
Betulla aku sekarang ni pantang duk sorang-sorang...mula la masuk aura memory lane.... anyway sometimes remember the past is the best way to make u smile n forgot bout something... really... tak tipu punya like me... keja byk pun still blh tersenyum lebar... haha...
Monday, September 19, 2011
suatu ketika part 1b
Saturday, September 17, 2011
suatu ketika part 1a
Saturday, August 20, 2011
demi masa...
hope we don't be like that...its better if we change on ten...mean we know and still have a time to change...have a time to repent.. if u say your heart like a stone or even worse in hardness... remember hanya dengan air...batu boleh pecah...dijelaskan dalam Al Quran..gunung dan bukit will fall down because fear of Allah...keras sangat ke hati manusia...Allah is not unaware of what u do...
demi masa..tajuk ni sebenarnya seolah olah dah menjadi tajuk wajib utk dikupas dalam trivial matter ni...pastinya hampir stiap entry pasti akan bercerita ttg masa either direct or indirect. Becoz of time manusia forget to remember Allah...becoz of time manusia selalu lupa he only a slave of the Creator...
kita tahu yang sebenarnya Allah Maha Tahu, but we always ignore it...becoz of what...lu pkla sendiri...
Friday, August 12, 2011
evelen hour..
sesungguhnya Ramadhan kali ni membawa 1001 erti kepada aku...banyak pengalaman baru dan pengajaran yang berguna yang Allah tunjukkan direct di depan aku kali ni...dan aku bersyukur sesangat Ramadhan kali ni insyaallah ada improvement dari tahun-tahun sebelumnya...
ramadhan kali ni juga menemukan aku dengan dua insan yang berubah..seorang ke arah kebaikan dan sorang lagi bolehla aku katakan melencong ke kiri... kalau ke arah kanan tu biasa kita dengar kan dalam bulan ramadhan ni tapi kes melencong ke kiri di bulan ramadhan ni agak haru jugakla...tapi aku masih berharap dan berdoa..di kesempatan Ramadhan yang masih bersisa ni..engkau bukakanla pintu hatinya ke arah kebaikan Ya Allah...
benarlah hati manusia itu Allah yang pegang...bukannya individu tertentu, hidayah dan petunjuk tu hanya Allah yang bagi...sekiranya allah berkehendak ia berubah...maka berubahla ia...tapi harus diingat...Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri...
sehingga bertemu lagi...insyaallah,,,
Tuesday, July 5, 2011
kingwood hotel vs ..... inn
jumaat, 24 jun 2011 tepat jam berapa entah tapi lepas isyak la...around 8.45 pm..ktorang keluar dr rumah n then pi ke check point perlepasan...petronas bt 7. 15 min berada kat situ...ktorang mula bergerak...anyway..just to mention..ajak, masri n me went by qaq469..gen 2 hibiscus tea...owned by masri not maswing...hehe...
perhentian kedua adalah di serian..around 50 km from bt 7..n terus berjalan sampai ke simpang sri aman....
Saturday, June 11, 2011
galah titanium...
Wednesday, June 8, 2011
ke mana kita?
Tuesday, March 22, 2011
penantian...
Sunday, March 13, 2011
repair ur heart
Hari ni hari ahad...so bila hari ahad...yang pastinya adalah hari minggu n bermaksud cuti.. kat luar pulak hujan yang agak lebat...apalagi tidur paling terbaikla wa cakap sama lu... tapi mcm biasa kul sekitar 4.20 am aku dah terjaga... ah nanti dulula kul 5.. bila dah kul 5...15 minit lagilah... akhirnya pukul 5.18 am aku tekadkan hati n terus bangun... ni kalau terus ikutkan hati ni mau lepas subuh gak aku bangun... baki masa yang tersisa sempatla jugak aku solat sunat tahajud n sunat hajat.. siap je solat terdengar azan pun berkumandang...
Bila azan aku terfikir pulak nak pi masjid ke tidak... hati kata pi... tapi dalam otak still berkira2.. ala kalau solat kat umah pun ok... solat awal waktu lg, kalau difikirkan aku masih bagus lagi dari orang yang solat subuh gajah... n masih bagus lagi jika dibandingkan dengan orang yang terus tak solat... lagipun kan darurat... hujan lebat... kete pulak pada Vietnam..
Dalam berfikir-fikir tu aku solat sunat subuh... selesai je solat, aku terus ambil kunci motor n rain coat... n dalam otak aku, aku nak solat kat masjid pagi ni... kerana aku yakin semakin sukar untuk kerjakan sesuatu perkara maka semakin besar ganjaran yang Allah sediakan.. ni juga sebenarnya titik tolak kesan daripada Vietnam... maybe not direct from him but.. sebab bila kita nak suruh orang buat sesuatu perkara kita mestilah terlebih dahulu melakukannya... itu prinsip aku setakat ni...
Aku juga selalu cakap kat Dia, semua yang berlaku tu dah diaturkan tuhan.. samada sebagai ujian mahupun sebagai rahmat... so kalau aku pun tak dapat melepasi ujian hujan bagaimana aku nak suruh dia cuba melepasi cara kehidupannya sebelum ni... sebenarnya Islam ni semakin dalam kita meghayatinya maka semakin manis rasanya... semakin kita rasa diri ini sentiasa disayangi n dilindungi.. ada kuasa yang sentiasa menggerakkan kita ke arah kebaikan... pada aku maybe inilah yang dikatakan hidayah Allah.. satu perasaan yang lain..
Seperti biasa, pagi Ahad kuliah Subuh dari Ustaz Md Khir.. pagi ni dia cerita penghalang-penghalang yang akan dihadapi oleh anak-anak Adam untuk berbuat baik, macam tau-tau je ustaz ni dengan keperluan aku ketika ni... ni pun sebenarnya aturan Allah.. kerana semua yang berlaku adalah dengan izin Allah jua.. ustaz ni cakap ada 4 perkara yang akan menjadi penyebab kepada seseorang untuk tidak melakukan perkara kebaikan dan mengajak ke arah kejahatan..
Pertama ialah syaitan, musuh manusia yang paling utama... kedua ialah nafsu, iaitu diri kita sendiri, kehendak yang wujud dari dalam diri sendiri.. ketiga ialah keseronokan dunia, apa tu keseronokan dunia... iaitu perkara yang melalaikan.. kalau kita suka dengan burung sehingga menyebabkan kita lalai dengan perintah Allah.. maka burung tu juga termasuk dalam keseronokan dunia.. dan keempat ialah manusia, manusia ni termasukla kaum keluarga, kawan-kawan, masyarakat sekeliling dan seumpamanya.
Oleh itu, berwaspadalah... ubatilah hati kita dengan cuba sedaya upaya melaksanakan segala perintah Allah dan hindarilah diri kita dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Memang... diakui pada peringkat pertama terasa sangat sukar...tetapi percayalah Allah akan memberi kemudahan kepada hambanya yang ingin dan cuba berbuat kebajikan.. Insyaallah..semoga kita sama-sama dapat melaksanakannya..
Sunday, March 6, 2011
sabo jelah..
Pagi-pagi lagi aku dah merancang pelbagai perkara... nak buat itu, nak buat ini, tetapi lupa nak mintak perkenan Allah... dan akhirnya semua yang aku rancangkan hanya tinggal rancangan... betulla kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.. tapi kalau kita betul-betul redha dengan ketentuan Allah... Insyaallah, ada ganjarannya dan hati kita pasti akan menjadi tenang, kerana kita tahu Allah masih memberi perhatian kepada kita dan hanya dia sahaja yang tahu kelemahan pada rancangan kita... dan Allah takkan membiarkan hambanya yang sabar begitu sahaja... kerana Allah dan berjanji... jalan menuju kejayaan ialah melalui jalan sabar dan jalan solat..
Thursday, March 3, 2011
kembara di tanah gersang...
entry kali ni aku nak cerita apa ustaz cerita kat kuliah Maghrib malam Rabu yang lalu...actually tajuk ni dah banyak orang tulis kat blog...kalau tgk kat youtube pun ustaz kazim ada jelaskan dalam ceramahnye... 15 perkara yang mengundang bala Allah...bukan semestinya sume 15 perkara dah buat baru bala Allah sampai tapi salah satu pun dah cukup...tapi kalau kita perhatikan nnt hampir sume benda yang akan aku catatkan kat bawah ni sume dah ade berlaku....berwaspadala...
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang, tidak diedarkan kepada yang berhak.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Anak-anak lebih memuliakan kawan-kawannya.
7. Anak-anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid, berlaku perbalahan dan pergaduhan.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya, takut ngan mafia.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat, menjadi minuman kebiasaan di mana-mana.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan dan dijadikan pegangan dan panduan hidup.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain...(makhluk lain ni ulamak bercanggah pendapat samada ditukar terus menjadi haiwan ataupun mengikut perangai haiwan)...
antara punca yang menyebabkan berlakunya perkara tersebut ialah Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka. Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan, hidup hanya memikirkan keseronokan semata-mata. Sukakan kemewahan dan hidup bermewah-mewah sehingga mengganggap cara hidup Barat adalah yang terbaik dan menjadikan arak sebagai minuman harian bahkan menganggap Muzik dan arak adalah cara terbaik untuk release tension... fikir-fikirkan
Wednesday, February 16, 2011
aku dan jam...
Jam...or watch...aku suka benda ni disebabkan oleh banyak faktor... Pada aku, setiap manusia akan mencapai tahap kecemerlangan...akan rasa perlukan perubahan ke arah yang lebih baik...akan menjadi baik dan sempurna...cuma yang membezakan antara setiap individu ialah masa.... tempoh yang perlu diambil untuk memahami sesuatu perkara...duration to achieve something....masa untuk menjadi baik...semuanya berkaitan dengan masa...
Sebenarnya dalam kehidupan seharian...sememangnya tuhan dah tentukan masa kita...bangun di awal pagi...waktu subuh...rehat sekejap waktu zuhor...berhenti kerja dan mula waktu ridah waktu asar...perubahan waktu....siang ke malam....maghrib dan isyak menandakan kita boleh berehat panjang...betapa cantiknya aturan Allah...kejadian siang dan malam...yang penuh hikmah dan bahan untuk berfikir bagi orang yang ingin mencari kebenaran dan bukti kekuasaan Allah...
kalau secara jangka panjang...kita perlu ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...apa dia?
1. sihat sebelum sakit...
2. kaya sebelum miskin..
3.lapang sebelum sibuk..
4.muda sebelum tua...
5.hidup sebelum mati...
semuanya berkisar tentang masa...so hargailah masa..sesuatu yang tidak ternilai harganya...sehinggakan dalam Al Quran Allah berfirman dalam surah Al Asr... demi masa...sessungguhnya manusia berada dalam kerugian...kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati ke arah kebenaran dan menasihati ke arah kesabaran...betapa besarnya peranan masa...masa yang berlalu terus berlalu...
fikir-fikirkan...
Tuesday, February 8, 2011
jelas, terang dan nyata
Anyway for this entry i take it from others with permission and i put it here... May Allah bless us...
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalamcouple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.
Fikir-fikirkan dan renunglah dalam dalam..
once upon a time, Vietnam cakap kat aku...ye ke pegang perempuan tak boleh cik...aku cakap memang tak boleh pegang perempuan yang bukan mahram...hukumnya haram dan berdosa.... pastu dia ckp kat aku balik...tapi cik benda tu kan dah jadi common...biasa je...mcm takde salah pun... Inilah masalahnya...hukum tetap hukum...kebiasaan tidak akan mengubah sesuatu perkara...haram tetap haram...halal tetap halal... benarlah kata Rasullulah, di akhir zaman yang benar dipandang serong..hina tetapi yang batil dan salah dipandang mulia...Astaghfirullah...jauhi kami semua dari terjadi perkara sedemikian...
Monday, January 31, 2011
kerdilnya diri ini...
Maybe sesiapa yang pernah terbaca entri sebelum ni..aku ada ceritakan betapa bernilainya nikmat Iman dan nikmat Islam...kali ni aku nak bertanya pernahkan kita merasai betapa berharganya kedua-dua nikmat ini... mungkin kita yang telah lahir dari perut seorang muslim tidak pernah merasakan nikmat Islam ni kan...kalau ada pun hanyalah sekadar di pinggiran pemikiran...
Apa yang kita tahu sebagai seorang muslim kita akan diajar membaca doa makan, diajar mengaji, diajar solat, dan disuruh berakhlak mulia... itupun bagi yang bernasib baik mempunyai keluarga yang masih membudayakan nilai-nilai Islam...(sengaja aku menggunakan perkataan membudayakan kerana kebanyakan dari kita hari ni membuat itu dan ini kerana kebiasaan bukannya kerana rasa takut dan rasa syukur kepada penciptanya), jika tidak kita hanya dinamakan dengan Muhammad, Siti, Ahmad atau Nor.... selesai menamakan dengan islamic name maka islam bayi itu tanpa diberi pengetahuan asas tentang agama... bila budak ni akan belajar...nanti kat sekolah cikgu.... akan ajar..
Sebenarnya aku manusia jahil... jahil dari segi konsep ketuhanan... qada' dan qadar Allah... takdir Ilahi... sebenarnya segala yang berlaku semuanya dengan izin Allah... dialah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya...tetapi sebagai seorang hamba kita sering alpa dan mempertikaikan apa yang berlaku...Ya Allah kau ampunkanlah dosaku...
Tahun baru 2011 ni banyak mengajar aku erti sebenar kekuasaan Allah... erti sebenar nikmat Iman dan islam...erti sebenar betapa allah maha luas pengetahuannya dan segala yang berlaku semuanya adalah di bawah rencana dan perhatian Allah... semester ni aku ditemukan dengan seorang pelajar Islam yang langsung tidak tahu solat..dan hampir tidak tahu hukum-hukum agama... tetapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah.. Allah bukakan pintu hatinya dan berikan petunjuk kepadanya...
Alhamdulillah, jika sebulan yang lalu dia masih lagi meraikan tahun baru di pub... minum arak dan bercampur gaul dengan perempuan yang bukan muhrim... tetapi kuasa Allah mengubah segalanya... benarlah firman Allah bahawa hanya Allah yang berkuasa memberi petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki.. sebelum ini ambil wudhu pun dia tak tahu...tahayat akhir tak hafal tetapi alhamdulillah...Allah mudahkan segalanya..
Berdasarkan apa yang dinyatakan kepada aku... dah hampir seminggu dia bersolat cukup 5 waktu...kalau tertinggal pun segera diqadanya tanpa disuruh... aku merasakan sangat bersyukur dan merasa betapa kekuasaan Allah melebihi segalanya... malam td dia msg aku... katanya dia akan berpuasa hr ni.. satu lagi tanda betapa Allah berkuasa ke atas segala-galanya... bayangkan seumur hidupnya tidak pernah berpuasa lengkap (anyway sblm ni dia dah puasa gak sehari..tu pun aku just tanya bila nak belajar puasa n dia terus ckp nak cuba puasa esok)..tetapi berkeinginan pula berpuasa di luar bulan Ramadhan yang jauh lebih banyak rintangan dan dugaan.. dan ibadah ni sesungguhnya menuntut kita melakukan dengan ikhlas kerana hanya kita dan Allah sahaja yang tahu...
Sesungguhnya semua yang berlaku tidak tejadi dengan sendirinya.. Allah yang Maha Bijaksana mengatur perjalanan hidup hambanya dengan sebaik-baik aturan. Yalah pada hakikatnya aku yang mengajarnya tetapi secara tersirat banyak benda yang aku belajar daripadanya... mungkin sebelum ni aku malas membaca..tetapi sekarang aku cuba menghabiskan sekurang-kurangnya sebuah buku ilmiah dalam masa seminggu.. mungkin sebelum ni kalau aku terjaga tengah malam aku cuma tengok jam dan akan tidur kembali tetapi melihat kepada perubahan yang berlaku kepada Vietnam...
Aku tertanya mengapa aku tidak boleh... kalau dia yang tak pernah solat..tak tahu solat berusaha untuk solat penuh 5 waktu kenapa aku tidak cuba improve diri aku dengan melakukan solat-solat sunat di sepertiga malam... mungkin ini juga menjadi sebab mengapa Allah pertemukannya denganku... bukankah Allah maha Berkuasa dan dia berhak menentukan apa yang ingin dia anugerahkan? dan alhamdulillah pagi tadi tanpa bunyi alarm dan tanpa ada orang yang kejutkan..aku terjaga sekitar pukul 4 suku..tetapi perasaan malas ditambah lagi dengan suasana sejuk akibat hujan yang turun dari semalam membuatkan aku menarik selimut..
Tetapi seperti ada satu kuasa yang menyuruhku bangun..tak sampai setengah jam aku tidur... aku terjaga semula... kali ni aku lihat jam menunjukkan pukul 4.40 pagi... aku merasakan ini mungkin isyarat dari Allah yang telah memperkenankan niat hatiku untuk berubah ke arah lebih baik... aku terus bangun dan hairannya hilang terus rasa mengantuk... benarlah kuasa Allah melebihi segalanya...tiada yang mustahil bagi Allah.. aku harap, aku dapat keistimewaan bangun malam ini secara berterusan...Insyaallah
oklah aku rasa cukup dululah entri kali ni...walaupun tetiba banyak pula idea yang datang...lain kali aku cerita pula bagaimana Vietnam boleh masuk ke poli...akhir kata jagalah iman..anugerah yang tidak ternilai harganya...
Sunday, January 23, 2011
apa ya?
Anyway entry kali ni aku nak cerita pasal buku yang aku baca weekend ni, actually bukan kandungan dalam buku tu yang aku nak ulas... travelog syahadah... buku ni menceritakan liku-liku yang dialami oleh seorang bidayuh dalam mencari erti sebenar Islam.. antara petikan dalam buku yang menarik minat aku ialah"begitu sukar rupanya untuk merangkul iman dan Islam pada sesetengah insan berbanding insan lain yang mendapatnya secara terpijak. Ironinya yang sukar itulah yang manis..."
If we make an observation and research about this... we will find the phrase are true... why??? yelah cuba kita perhatikan memolek... berapa ramai orang Islam yang mendapat Islam kerana keluar dari perut seorang ibu yang Islam tetapi tidak mengamalkan hukum-hukum Islam... solat hanya sekali seminggu.. itupun kalau sempat... lebih parah lagi yang solat hari raya je... pi ke masjid seperti dah jadi adat pagi raya kena pi solat raya walaupun tak tahu solat takpe.. pi je janji boleh pakai baju lawa...
Inilah sebenarnya masalah kita... masalahnya ialah tidak pernah tahu pun apa tujuan kita diciptakan oleh Allah ke dunia ni.. tapi masalahnya dah la tak tahu tapi tak pernah pun nak ambil tahu... den yakin dan percayo masih ramai yang umah kato poeila... kubuq kata maila...tapi masih tak sedar diri lagi..masih kabur lagi dengan tujuan kita diciptakan di dunia ni...
Pagi tadi masa kuliah subuh ustaz ada menyatakan tujuan kita hidup ni ada 3; apa agak-agaknye.... yang pertama ialah beribadat kepada Allah kerana Allah ada berfirman tidak aku jadikan jin dan manusia semata-mata untuk beribadah kepadaku.. tapi ibadah ini pun kena pastikan yang betul...bukan yang menyeleweng, sebab sekarang ni banyak ajaran sesat.
Kedua adalah menjadi pemimpin; tak semestinya nak kena jadi perdana menteri atau menteri, ketua pengarah, pengetua, pengurus, wakil rakyat, ketua kampung atau ketua cawangan barulah dikatakan pemimpin.. yang terdekat ialah memimpin diri sendiri kerana belum pasti lagi kita dapat memimpin diri kita sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah.. kalau lebih besar sikit jadi pemimpin keluarga... tapi yang peliknya ramai orang yang gagal memimpin keluarga..gagal mengawal diri sendiri tetapi bercita-cita besar untuk menjadi pemimpin masyarakat..pemimpin negara... ingatlah bahawa setiap kita akan disoal di akhirat kelak.. dengan apa yang kita pimpin...
Ketiga ialah mengimarahkan dan memakmurkan bumi Allah.. jika kita seorang pendidik.. maka imarahkan bumi Allah dengan memberi didikan yang benar... yang tidak menyeleweng dan benar-benar mendidik untuk kepentingan agama...bangsa dan negara bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.. cukup bulan tunggu gaji masuk.. sekiranya kita seorang polis...jalankan tugas yang diamanakan dengan penuh bertanggungjawab..dedikasi dan ikhlas kerana Allah.. sekiranya masih menjadi seorang pelajar...belajarlah dengan bersungguh-sungguh... ingatlah semua perkara adalah ibadah sekranya kita melaksanakannya ikhlas kerana Allah..yang utama untuk mendapatkan redha dan keberkatan darinya...
Sebenarnya den nak ucapkan terima kasih kat vietnam sebab dia telah membuatkan den raso...i need to gain and improve my knowledge, thats why den giat membaca sekarang ni.. den bertekad at least dalam 1 minggu den akan habiskan 1 buah buku... harap diperkenankan dan dipermudahkan tuhan...
Tuesday, January 18, 2011
harimau sekuat tiger...
today...yesterday....double yesterday...triple yesterday...i feel not well...maybe cause by fever which i got last week... actually today i don't have any spirit to go to work...which someone called it "semangat yang hilang" i dont know why... aku masuk kelas pg td pun first one hour je aku ngajar...then sembang2 je....
sebenarnya aku mmg takde idea nak tulis ape...aku tak tau kenapa otak ni beku sgt 3-4 hari ni...idea ada skit2 tp tak nak berkembang langsung...
so....hr ni aku nak citer yg ringan2 je...ingat lg tak pasal student yang aku panggil dia vietnam dulu tu...anyway sekarang dia belajar solat dan nampaknya student ni bersungguh nak mendalami ilmu agama...stakat ni aku akan jumpa dia setiap hari isnin dan selasa selepas kelas...stp kali jumpa ada improvement...
sebenarnya dia bukan tak nak solat tetapi memang tak tau...mula2 tu aku perhatikan dia...ambil wuduk pun tak tau...tp skrg alhamdulillah dah ok...bacaan tahayat akhir pun td dengar dia baca dah lancar dan dah ingat sampai habis... tadi pun bila aku citer kewajipan seorang muslim...byk benda yang dia tak tahu tp bagusnya dia ada keinginan nak tahu...dan bila dia dengar ada perbuatannya selama ini yang salah so dia janji akan cuba elakkan lepas ni...
Alhamdulillah semoga dia benar2 ikhlas nak belajar dan bertaubat atas kesilapannya dulu... sebab iman ni sentiasa turun naik...dan yang pentingnya aku sentiasa berdoa agar kita semua dan student ni diberi hidayah...sbab bila tuhan tak nak bagi lagi hidayah...kita ceritala bertan2 pun takde maknanya... lebih baik dulu kita jahat dan kemudian berubah menjadi baik tetapi mintak dijauhkan jika sebaliknya....
so kadang2 bila kita jumpa orang buat salah jgnla kita terus menghukumnya kerana mungkin dia memang tak tau dan kita tak tau apa masalah sebenarnya...mcm kes vietnam ni dia kata memang dah lama dia nak solat tp tak tahu nak tanya orang..dia malu...so jd kewajipan kepada kita untuk mengajarnya dan prihatin and please be sensitive with your environment...dan sememangnya aku merasa sgt gembira melihat perubahan yang berlaku kat vietnam...syukur alhamdulillah hatinya masih lagi pada Islam...maybe suatu hari nanti dia boleh menjadi jauh lebih baik dari kita semua....
so kesimpulannya sentiasalah kita upgrade iman dan amal kita sementara kita masih diberi nikmat iman dan sihat ni...nikmat iman dan nikmat sihat selalu dilupakan....terutama nikmat iman...nikmat terbesar yang diperolehi...hidup ini singkat...so janganlah disia-siakan begitu saja...bak kata orang harimau mati meninggalkan kulit bulu di dinding....manusia hidup jgnla sampai orang berbulu je tgk kita....renung-renungkan dan selamat berfikir...ramai orang suka audit duit yang dibelanjakan tapi tak ramai yang audit masa yang dibazirkan... hehe
Tuesday, January 4, 2011
syukur dengan kehidupan
rasanya dah lama dah aku tak berblog...bukan takde idea tapi tak sempat...weekend pun tak sempat nak tido siang...rasanya macam-macam benda aku nak buat....tapi kekangan yang wujud terpaksa diambil kira...walau bagaimanapun aku cuba juga buat apa yang aku nak buat bukan buat perkara yang orang lain rasa aku patut buat...
sedar atau tidak...kita selalu merasa takut dengan sesuatu yang belum berlaku..takut dengan apa yang akan berlaku pada hari esok tanpa menikmati hari ini yang akan berlalu dan akhirnya kita menyesal...perkara inilah yang aku cuba elakkan...
terlalu banyak andaian...jika aku buat ini..maka akan jadi begini...jika aku buat itu akan jadi begitu...padahal andaian2 itu tidak berasas dan tiada sesuatu apa pun yang menyokongnya...dan akhirnya terbantutla segala apa yang difikirkan...bak kata orang menyerah kalah sebelum berperang... Idea ni bukan terjadi untuk perkara2 besar tetapi untuk keseluruhan aktiviti yang ingin dilakukan...terlalu banyak andaian negatif...maybe mind set kita memang telah di'setting' begitu...
kebanyakkan dari kita akan memikirkan apa orang kata nanti kalau aku buat begitu...apa yang orang akan cakap kalau aku buat begini...padahal dalam Al Quran telah menceritakan bagaimana kisah lukman dengan anaknya...di mana walau bagaimanapun kita buat pasti akan ada suara2 yang mengatakan ini salah...itu tak betul...janji yang kita buat itu tidak melanggar hukum syarak...thats fine...go on...
nikmati hidup kita yang singkat ini...hari ini jika tidak digunakan sebaiknya akan berlalu dengan sia-sia sedangkan hari esok belum tentu kita masih ada....memang betul perancangan perlu...tetapi janganla kerana terlalu membuat perancangan untuk hari esok kita terlepas keseronokan pada hari ini...
hidup ini umpama satu perjalanan menuju ke satu tempat...so kalau kita nikmati sepanjang perjalanan kita akan dapat pelbagai perkara dan perjalanan itu terasa singkat dan menyeronokkan selain pelbagai pengalaman dan pemandangan baru dapat diterokai tetapi sekiranya kita hanya memikirkan destinasi terakhir kita...sepanjang perjalanan akan terasa bosan, takut, lama dan tidak menyeronokkan..sedangkan kita tidak tahu lagi samada tempat itu menarik atau tidak..mungkin perjalanan ke sana yang menarik...siapa tahu...
so nikmati hidup ini...bersyukur dangan kehidupan dikurniakan dan janganla suka merungut tentang sesuatu perkara...jadikan sesukar mana pun perkara itu sebagai sesuatu yang mudah...jangan takut menghadapi hari esok tetapi bergembirala dengan kehidupan hari ini..
my last sentences enjoy your life...take its easy...everything will be ok.....insyaallah...