Saturday, June 11, 2011

galah titanium...





Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Hari ini aku nak melontarkan sedikit pandangan dan persoalan yang agak berat untuk difikirkan bersama. Soal keperluan dan tujuan hidup. Apa yang dikatakan dengan keperluan hidup? Bagaimana dengan tujuan hidup?


Dua perkara yang aku kira tidak dapat dipisahkan, kita sememangnya mahu mencari tujuan hidup tetapi dalam masa yang sama tuntutan dan keperluan hidup tidak dapat diabaikan. Sebaliknya jika kita menganggap keperluan hidup sebagai tujuan manusia diciptakan, itu parah.


Allah mencipta manusia dengan tujuan untuk beribadah kepadanya sesuai dengan firmannya "tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"


Manakala keperluan hidup pula ialah makanan, pakaian, tempat tinggal, kemudahan pengangkutan, pekerjaan, bermasyarakat, tubuh badan yang sihat, harta kekayaan, hidup keluarga, percutian, hiburan dan sebagainya. Semua ini perlu dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia...itu lumrah dan tidak menjadi satu kesalahan pun kita menjadi kaya-raya, berkeluarga besar, rumah besar.


Ia akan menjadi masalah apabila tujuan dan keperluan tidak digarap sekali..ia tidak berjalan seiring, berlaku konsep sekularisme, pengasingan Islam dari hal-hal duniawi. Apabila ini berlaku maka pincangla hidup ini. Sebenarnya Islam itu tidak terletak pada solat, puasa, zakat dan pergi haji semata-mata tetapi ia terangkum 3 perkara utama iaitu tauhid, ibadat dan akhlak.

Tauhid ialah satu bentuk kepercayaan, penyerahan dan penerimaan terhadap adanya tuhan. Ibadat pula merangkumi ibadat2 khusus seperti solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, berzakat dan pergi haji manakala akhlak pula ialah perangai, tingkahlaku dan tabiat. Rasulullah pernah bersabda " Islam itu adalah akhlak yang baik". Ini dapat ditafsirkan jika tiada akhlak umpama jasad tanpa nyawa. Akhlak Islam itu terlalu luas untuk dibincangkan, ia melibatkan perkara baik dan buruk, samada kepada dirinya mahupun kepada orang lain.


Keperluan hidup umpama galah yang digunakan untuk mengambil buah di pokok yang tinggi, tujuan hidup adalah buah yang akan di ambil. Sekiranya kita mempunyai galah yang baik, bagus, ringan dan senang dikendalikan maka mudahla kita mengambil buah tersebut tetapi sekiranya kita mempunyai galah yang berat, hampir patah ataupun langsung tiada galah maka alangkah susahnya untuk mendapatkan buah tersebut.


Oleh itu, walaupun benda yang kita kehendaki itu adalah buahnya tetapi menjaga dan mendapatkan galah yang baik juga merupakan perkara yang terpenting dan tidak boleh disia-siakan. Rentetan itu marilah kita menjdikan keperluan hidup dan tujuan hidup kita di dunai ini berjalan seiring dan sekata, tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang kerana ianya adalah satu...


Fikir-fikirkan....


*p/s: Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak boleh dijadikan hujah, sekiranya ada yang tersalah harap dimaafi.

Wednesday, June 8, 2011

ke mana kita?




Rasanya dah lama beno dah den tak berblog... alasan yang sangat common



1. tak cukup masa


2. tak sempat


3. ada hal lain


4. takde idea nak tulis ape...


5. malas...



tapi dalam kes den ni, masa banyak, sempat, takde hal lain, ada banyak idea nak tulis...cuma yang kelima je yang betul...haha....penyakit yang sukar diubati.



InsyaAllah after this, i will istiqomah...



last sentence for this entry...untuk bahagia, berjaya dan tenang dalam hidup, kita mesti jelas dengan apa yang paling penting dalam hidup ini dan membuat keputusan untuk hidup dengannya tidak kira apa pun yang terjadi...


Sebenarnya apa benda yang paling penting tu.. cari makanan yang paling sedap? dapatkan kerja hebat? cari harta sebanyak mungkin? mendapatkan kesihatan fizikal yang terbaik? atau mencari redha Allah? kalau mencari redha Allah...bagaimana caranya?


ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di muka bumi ini...firman Allah "tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku" dan Allah berfirman lagi "sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi"..


lets fikir-fikirkan...