Tuesday, March 22, 2011

penantian...


entry kali ni aku saje nak cerita pasal waiting... kat mana2 pun istilah ni akan digunakan...sejak dr bangun tidur sampaila nak tidur balik...kita akan sentiasa berjumpa dengan situasi yang memerlukan kita bersabar untuk mendapatkan sesuatu...


yelah...pi bank...ambik no...sabar..anda akan dilayan sebentar lagi... pi restoran..warung..or whateverla...pun sama gak...pi tandas pun kadang2 kena menunggu gak...sebabnya orang ramai...macam citer p.ramlee..seniman bujang lapok...pi tandas beratur...nak mandi pun kena beratur gak...


tu tak citer lagi pasal menunggu seseorang...dalam sesebuah majlis...perkara ni pasti berlaku...menunggu dan menanti...ditunggu dan dinantikan..


hidup penuh dengan penantian..dan setiap penantian kadang2 mendebarkan...yang pastinya menunggu tu mmg tak syok...

Sunday, March 13, 2011

repair ur heart


Hari ni hari ahad...so bila hari ahad...yang pastinya adalah hari minggu n bermaksud cuti.. kat luar pulak hujan yang agak lebat...apalagi tidur paling terbaikla wa cakap sama lu... tapi mcm biasa kul sekitar 4.20 am aku dah terjaga... ah nanti dulula kul 5.. bila dah kul 5...15 minit lagilah... akhirnya pukul 5.18 am aku tekadkan hati n terus bangun... ni kalau terus ikutkan hati ni mau lepas subuh gak aku bangun... baki masa yang tersisa sempatla jugak aku solat sunat tahajud n sunat hajat.. siap je solat terdengar azan pun berkumandang...

Bila azan aku terfikir pulak nak pi masjid ke tidak... hati kata pi... tapi dalam otak still berkira2.. ala kalau solat kat umah pun ok... solat awal waktu lg, kalau difikirkan aku masih bagus lagi dari orang yang solat subuh gajah... n masih bagus lagi jika dibandingkan dengan orang yang terus tak solat... lagipun kan darurat... hujan lebat... kete pulak pada Vietnam..

Dalam berfikir-fikir tu aku solat sunat subuh... selesai je solat, aku terus ambil kunci motor n rain coat... n dalam otak aku, aku nak solat kat masjid pagi ni... kerana aku yakin semakin sukar untuk kerjakan sesuatu perkara maka semakin besar ganjaran yang Allah sediakan.. ni juga sebenarnya titik tolak kesan daripada Vietnam... maybe not direct from him but.. sebab bila kita nak suruh orang buat sesuatu perkara kita mestilah terlebih dahulu melakukannya... itu prinsip aku setakat ni...

Aku juga selalu cakap kat Dia, semua yang berlaku tu dah diaturkan tuhan.. samada sebagai ujian mahupun sebagai rahmat... so kalau aku pun tak dapat melepasi ujian hujan bagaimana aku nak suruh dia cuba melepasi cara kehidupannya sebelum ni... sebenarnya Islam ni semakin dalam kita meghayatinya maka semakin manis rasanya... semakin kita rasa diri ini sentiasa disayangi n dilindungi.. ada kuasa yang sentiasa menggerakkan kita ke arah kebaikan... pada aku maybe inilah yang dikatakan hidayah Allah.. satu perasaan yang lain..


Seperti biasa, pagi Ahad kuliah Subuh dari Ustaz Md Khir.. pagi ni dia cerita penghalang-penghalang yang akan dihadapi oleh anak-anak Adam untuk berbuat baik, macam tau-tau je ustaz ni dengan keperluan aku ketika ni... ni pun sebenarnya aturan Allah.. kerana semua yang berlaku adalah dengan izin Allah jua.. ustaz ni cakap ada 4 perkara yang akan menjadi penyebab kepada seseorang untuk tidak melakukan perkara kebaikan dan mengajak ke arah kejahatan..

Pertama ialah syaitan, musuh manusia yang paling utama... kedua ialah nafsu, iaitu diri kita sendiri, kehendak yang wujud dari dalam diri sendiri..
ketiga ialah keseronokan dunia, apa tu keseronokan dunia... iaitu perkara yang melalaikan.. kalau kita suka dengan burung sehingga menyebabkan kita lalai dengan perintah Allah.. maka burung tu juga termasuk dalam keseronokan dunia.. dan keempat ialah manusia, manusia ni termasukla kaum keluarga, kawan-kawan, masyarakat sekeliling dan seumpamanya.

Oleh itu, berwaspadalah... ubatilah hati kita dengan cuba sedaya upaya melaksanakan segala perintah Allah dan hindarilah diri kita dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Memang... diakui pada peringkat pertama terasa sangat sukar...tetapi percayalah Allah akan memberi kemudahan kepada hambanya yang ingin dan cuba berbuat kebajikan.. Insyaallah..semoga kita sama-sama dapat melaksanakannya..

Sunday, March 6, 2011

sabo jelah..


Hari ni banyak benda yang aku belajar...belajar dari sekolah kehidupan dan hari ni aku tersedar untuk kali yang ke berapa...betapa mahalnya masa walaupun 1 minit... sebab apa? yelah masa yang berlalu walaupun sesat tak dapat dipusingkan kembali, dek kerana terlalai 1 saat..kita mungkin rugi berjam-jam...beribu-ribu..mungkin juga nyawa melayang..


Hari ni juga Allah nak uji samada apa yang aku perkatakan..apa yang aku cuba sampaikan selama ini betul2 aku fahami ataupun hanya sekadar di bibir semata-mata...hanya pandai berkata-kata kepada orang lain... Apa yang selalu aku perkatakan, yang selalu menjadi tajuk perbincangan... konsep penyerahan @tawakkal kepada Allah setelah berusaha... aku selalu berkata setiap yang berlaku ada hikmahnya... kerana kita hanya merancang tetapi Allah jualah yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya..

Pagi-pagi lagi aku dah merancang pelbagai perkara... nak buat itu, nak buat ini, tetapi lupa nak mintak perkenan Allah... dan akhirnya semua yang aku rancangkan hanya tinggal rancangan... betulla kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.. tapi kalau kita betul-betul redha dengan ketentuan Allah... Insyaallah, ada ganjarannya dan hati kita pasti akan menjadi tenang, kerana kita tahu Allah masih memberi perhatian kepada kita dan hanya dia sahaja yang tahu kelemahan pada rancangan kita... dan Allah takkan membiarkan hambanya yang sabar begitu sahaja... kerana Allah dan berjanji... jalan menuju kejayaan ialah melalui jalan sabar dan jalan solat..


pengajaran kedua mungkin juga agar aku jangan mengambil mudah terhadap semua perkara... mungkin selama ini aku berpegang kepada kata-kata take it easy... small matter.. dont worry, everything will be ok... maybe sometime we can use it...but sometimes we cant...


Thursday, March 3, 2011

kembara di tanah gersang...


entry kali ni aku nak cerita apa ustaz cerita kat kuliah Maghrib malam Rabu yang lalu...actually tajuk ni dah banyak orang tulis kat blog...kalau tgk kat youtube pun ustaz kazim ada jelaskan dalam ceramahnye... 15 perkara yang mengundang bala Allah...bukan semestinya sume 15 perkara dah buat baru bala Allah sampai tapi salah satu pun dah cukup...tapi kalau kita perhatikan nnt hampir sume benda yang akan aku catatkan kat bawah ni sume dah ade berlaku....berwaspadala...

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang, tidak diedarkan kepada yang berhak.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Anak-anak lebih memuliakan kawan-kawannya.
7. Anak-anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid, berlaku perbalahan dan pergaduhan.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya, takut ngan mafia.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat, menjadi minuman kebiasaan di mana-mana.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan dan dijadikan pegangan dan panduan hidup.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain...(makhluk lain ni ulamak bercanggah pendapat samada ditukar terus menjadi haiwan ataupun mengikut perangai haiwan)...

antara punca yang menyebabkan berlakunya perkara tersebut ialah
Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka. Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan, hidup hanya memikirkan keseronokan semata-mata. Sukakan kemewahan dan hidup bermewah-mewah sehingga mengganggap cara hidup Barat adalah yang terbaik dan menjadikan arak sebagai minuman harian bahkan menganggap Muzik dan arak adalah cara terbaik untuk release tension... fikir-fikirkan