Thursday, March 3, 2011

kembara di tanah gersang...


entry kali ni aku nak cerita apa ustaz cerita kat kuliah Maghrib malam Rabu yang lalu...actually tajuk ni dah banyak orang tulis kat blog...kalau tgk kat youtube pun ustaz kazim ada jelaskan dalam ceramahnye... 15 perkara yang mengundang bala Allah...bukan semestinya sume 15 perkara dah buat baru bala Allah sampai tapi salah satu pun dah cukup...tapi kalau kita perhatikan nnt hampir sume benda yang akan aku catatkan kat bawah ni sume dah ade berlaku....berwaspadala...

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang, tidak diedarkan kepada yang berhak.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Anak-anak lebih memuliakan kawan-kawannya.
7. Anak-anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid, berlaku perbalahan dan pergaduhan.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya, takut ngan mafia.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat, menjadi minuman kebiasaan di mana-mana.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan dan dijadikan pegangan dan panduan hidup.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain...(makhluk lain ni ulamak bercanggah pendapat samada ditukar terus menjadi haiwan ataupun mengikut perangai haiwan)...

antara punca yang menyebabkan berlakunya perkara tersebut ialah
Umat Islam sanggup mengikuti jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka. Umat Islam yang terlalu banyak bergelumang dalam keseronokan, hidup hanya memikirkan keseronokan semata-mata. Sukakan kemewahan dan hidup bermewah-mewah sehingga mengganggap cara hidup Barat adalah yang terbaik dan menjadikan arak sebagai minuman harian bahkan menganggap Muzik dan arak adalah cara terbaik untuk release tension... fikir-fikirkan

No comments:

Post a Comment