Tuesday, April 15, 2014

bersyukur saat diuji...






assalammualaikum dan salam sejahtera,

anyway dah lama rasanya tak menulis sesuatu di blog ini..as usual and very common reason...busy.
minggu ni memang agak tersentuh hati bila mula membaca hasil penulisan Prof yang seorang ni.. hasil penulisannya memang direct ke hati.. maybe Prof ini pun memang menulis dari hati..thats why and no wonder if the point center of receiver also at my heart...

actually buku Prof sebelum ni yang den dah baca berkali-kali tanpa jemu adalah Travelog Haji: MSI.. memang sangat terkesan.. bagaimana seorang profesor perakaunan boleh berputar 180 darjah.. itulah yang dikatakan maha berkuasanya Allah..semuanya dengan kuasa dan izinnya...Allahu Akbar..

bulan 4 tahun 2014 ni juga banyak kisah pada diri aku dan famili kecilku..ummi dan iman maisarah... awal bulan 4 dimulakan dengan iman maisarah demam..dan agak lama.. tak tidur malam abah n ummi dibuatnya.. mau tak risau, suhu badan iman mencecah 39.5 darjah celcius.. lepas tu pulak penyewa rumah flat kami di Larkin nak keluar..(actually penyewa ni memang ok, bayaran tak pernah lambat, no complain and cukai tanah, pintu, duit maintenance semua dia uruskan)..tu yang rasa terkilan sikit tu..

masalah rumah sewa jugak, kali ni kat bukit beruntung, seorang penyewa ni sejak dia masuk bulan 8 tahun lepas hanya 2 kali je dia bayar..itupun ikut suka hati dia je nak bayar berapa..dan yang paling tak best tu, kuat berbohong..hari tu dia kata paip air rumah tu rosak dan tanpa beritahu kami dia terus panggil plumber, kena 400 lebih...pastu dia nak claim kat kami...actually kami dah ada orang yang dilantik untuk uruskan rumah2 kat sana...yang dia memandai tu apahal...sewa rumah yang 150 je tu takde  duit nak bayar...dah suruh keluar...dia main wayang pulak... lagi berat...kata jiran di situ dia jadi bomoh la pulak..ramai juga yang dah kena tipu dgn si penipu ni...

hai manusia2..tak takut balasan Allah ke...

anyway bagi kami especially aku maybe ini ujian dari Allah untuk kita terus beringat...bukan ambil mudah semua perkara...


" Segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadanyalah kamu meminta pertolongan."
                                                                                                  (Surah An-Nahl 16:53)




Tuesday, January 14, 2014

bom mulut...

Dari Ibnu Abbas RA  Nabi SAW masuk ke dalam rumah orang Arab Dusun untuk melihat dia sakit. Kata Ibnu Abbas: Pernah Nabi SAW apabila dia masuk ke rumah orang yang sakit untuk melihatnya, baginda bersabda:Tidak mengapa! Sembuh, insya-Allah. Ucap nabi kepada orang sakit itu. Tidak mengapa, sembuh, insya-Allah!  Jawabnya: Tuan katakan: Sembuh . Sebenarnya itu demam panas yang sedang meluap dan mengancam orang yang sangat tua dan akan membawa maut.  Nabi SAW bersabda:Ya, benar katamu itu. [hadis riwayat Bukhari]

Huraian Hadith: 
 
Menziarahi orang sakit adalah salah satu amalan baik yang digalakkan oleh Islam. Hal ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan persaudaraan ataupun ikatan kasih-sayang tetapi juga merupakan satu kaedah merawat penyakit secara psikologi kerana dengan kunjungan tersebut diharapkan akan mendatangkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi harapan kepadanya untuk segera sembuh dari sakitnya itu. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, kita hendaklah berkata atau bersikap lemah lembut kepada pesakit dan mengucapkan perkataan yang baik kepadanya seperti mendoakan kesihatannya dan sebagainya. Jangan sekali-kali membicarakan sesuatu yang menambahkan kesedihannya apalagi memutuskan harapannya untuk sembuh.
 
Entri kali ni berkaitan adab melawat orang sakit.. Den memang sengaja pilih tajuk ni sebab sangat berkaitan dengan den buat masa ni... actually atuk wife den sedang sakit yang agak tenat dan sedang berada di bawah kawalan rapi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Dan macam biasa ramaila sedara mara yang datang melawat dan bila dah ramai yang datang ni bukan semuanya tahu adab, kadang-kadang terlebih kurangnya adab.. petang td wife den cerita kat den, ada sepasang suami isteri datang melawat, si suami bolehla pulak berkata: ish dah tak lama dah ni.. and si isteri pula menambah: a'ah ni dah tak lama ni...ni pun bertahan sebab ada mesin oksigen je..ni bomb namanye..
 
Agak-agakla wei nak cakap macam tu pun, kan sakit hati orang yang dengar. Kalau nak cakap jugak, cakapla nanti bila korang dah balik nanti. Sepatutnya kehadiran mereka menjadi penawar bukannya menjadi racun yang mujarab, membunuh jiwa secara senyap. Dulu masa den kat mrsm dulu, ada sorang kawan ni demam biasa je, pi klinik doktor sahkan dia kena kanser and lagi sadis dah tahap merbahaya and dijangka dapat hidup lagi 2-3 bulan je. Apalagi mamat ni terus dah tak semangat nak belajar, dah fikir nak mati je.. memang duk kat surau jelah. Anyway tak lama lepas tu, doktor tu tarik balik..rupanya tersalah baca laporan perubatan. Pengajarannya hati dan jiwa yang mati lebih dahsyat dari fizikal yang mati..kalau orang lumpuh separuh badan tapi semangatnya kuat Insya Allah dengan izin Allah dapat sembuh kembali, tapi kalau dah mati semangat dan jiwannya tu yang seolah-olah dunia dah berakhir baginya..
 
Anyway, hadis di atas menerangkan amalan menziarahi orang sakit mengikut cara Rasulullah. Sempena Maulidurrasul ni den mengingatkan diri den dan semuanya agar kita sentiasa berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah, jangan beria buat sambutan maulid je, pagi-pagi berarak lepas tu balik dari berarak dah pakai seluar pendek ngan singlet basuh keta kat laman rumah. Ingatla Abu Jahal adalah antara orang yang paling gembira menyambut kelahiran nabi, yelah sebagai bapa saudara nabi tetapi akhirnya bila nabi menyebarkan Islam dialah antara orang yang paling menentang Rasulullah. So kita janganla jadi macam tu, beria menyambut kelahiran nabi tetapi tiada penghayatan, sepatutnya maulidurrasul ni menjadi platform kepada kita untuk lebih mengenali Rasulullah dengan lebih dekat, mendalami segala sunnah yang ditinggalkan samada yang tersurat mahupun yang tersirat..
 
Semoga ada manfaatnya..Wallahualam...

Sunday, January 5, 2014

Mesir…Morsi..

~ Artikel ni menjawab banyak soalan terutamanya kenapa Morsi yang pada mulanya dianggap 'hero' dijatuhkan selepas memerintah?

KENAPA DR MORSI TERSUNGKUR PADA PANDANGAN PROFESSOR DR MOHAMMAD AGUS YUSOF.

PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan 'rakyat dan tentera seiring bersama'.

Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.

Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.

Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.

Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan 'revolusi' membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.

Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.

Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah!

Apa pengajaran dari kisah di atas? Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti Afghanistan dan Iraq—demokrasi di dua negara itu mati sehingga sekarang dengan puluhan rakyat terbunuh setiap bulan. Sejarah juga menunjukkan negara Barat hanya menutup mata apabila demokrasi dicabul setelah FIS menang di Algeria, Hamas menang di Palestin dan terkini Ikhwan di Mesir.

Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah Gaza ditutup. Saya bimbang jika berlaku perang saudara di Mesir dan yang berperang ialah Islam vs Islam. Saya bimbang jika rampasan kuasa ini memberi semangat kepada tentera di negara lain untuk melakukan kudeta ke atas kerajaan sah yang dipilih rakyat secara demokratik.

Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir. Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.

Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai. Belajar dari pengalaman negara ini dan jangan bergaduh hanya kerana bertuhankan parti. Fikir dulu sebelum bertindak, bukan untuk lima tahun tetapi untuk selamanya.

Dipetik dari http://faizhamsidi.wordpress.com

Wednesday, January 1, 2014

2014



Hari ni adalah 1 Januari 2014, perasan atau tidak dh masuk tahun baru. Masa sekolah dulu, paling tak best bila dah buka sekolah balik, yelah dah lama bercuti tetiba nak kena sekolah balik. Bagi yang tinggal kat negeri Johor, Ahad yang lepas adalah cuti hujung minggu terakhir setelah berbelas tahun kita cuti hari Ahad and this year we change it back. Bagi aku yang merantau dok kat negeri lain ni ada bagusnya tak sama cuti. Yelah lepas ni tak perlu ambik cuti klau ada urusan dengan bank atau pejabat2 kerajaan sebab hari Ahad dah kije..

Pejam celik dah berakhir 2013, dah meningkat lagi setahun umoq. Last year anak den masa ni baru berusia hampir 3 minggu, la ni dah setahun 3 minggu..sat je rasanye. Last year masa cuti tahun baru aku duduk sorang kat umah, la ni Alhamdulillah wife n my daughter, Iman Maisarah dah tinggal sekali. Baru rasa berfamily..hehe.

Bila dah masuk tahun baru ni, macam-macam plan baru. Kalau kat office citer pasal perancangan tahun baru, tu biasa kat umah pun wife sibuk citer pasal planning 2014, budget 2014, tempat bercuti, and so on.. dah macam PM bentang bajet kat parlimen la pulak rasanye. Takpelah perancangan dan budget n pun bagus gak sebenarnya, taklah semberono dan ad hoc je sume program. Rasa nak beli, beli, rasa nak pi jalan, jalan- tu yang akhirnya hujung bulan duk pening tak cukup duit.

Gaji pulak cun-cun bayar hutang sedia ada. Bila ada emergency, kan dah susah. Yelah kita mana tahu ada kecemasan, nak beli tiket(biasalah bila emergency ni sume kemungkinan ada, tiket takdelah, harga last minute takyah citerla, confirm 2-5 kali ganda dari harga promosi) keta rosak, anak sakit and so on.

Kerajaan pun buat azam. 11 azam baru kerajaan. Anyway for me, aku harap 2014 ni tahun bertuah kepada aku sekeluarga. Semoga Allah sentiasa memudahkan dan melancarkan segala urusan kami.
Anyway ni baru je dapat rasa lapang sikit walaupun sebenarnya banyak lagi yang tak setel. Dulu masa mula2 masuk kije, peh meronta2 lak nak wat kije..yelah semua sbg pembantu je, la ni jangan kata nak tido tengahari, nak rehat sikit pun tak berpa nak sempat. Ada je kije yang nak kena buat. Anyway tu la kije, kalau tak nak wat kije, resign je banyak lagi orng lain yang cari kije tapi tak dapat.(peringatan untuk diri sendiri).

Anyway, semoga tahun 2014 ni tahun yang diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Amin..

Tuesday, December 31, 2013

tahun baru.. azam baru kerajaan...hehe

 
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:

  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:

  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
  • Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Heal the world...make it better place..



Kita selalu mencari salah org tapi apa yg kita buat...
TAK SEMESTI KITA MELAYU ATAU ISLAM KITA CUKUP BAIK...

Masihkah anda ingat kisah seorang Hakim di Indonesia bernama Marzuki berasa sebak dgn penerangan pesalah seorang nenek tua yg mengaku salah mencuri ubi kayu.Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang2, undang2 tetap undang2, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang2”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba2 hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kpd hadirin yg berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kpd setiap org yg hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri utk memberi makan cucunya.

Cuba kita dgr kes terbaru ini...The woman on the left is a mother from Miami who was so desperate to feed her hungry family that she was trying to steal a lot of food. The woman on the right is Miami-Dade County Police Officer Vicki Thomas. Officer Thomas was about to arrest Jessica Robles but changed her mind at the last minute. Instead of arresting her, she bought Robles $100 worth of groceries

“I made the decision to buy her some groceries because arresting her wasn't going to solve the problem with her children being hungry.” And there’s no denying they were hungry. Robles’ 12 year old daughter started crying when she told local TV station WSVN about how dire their situation was..........

Di Malaysia pula byk kes kita dengar, kita lebih suka menghukum. Hakim pula kes curi RM 2 ringgit dijatuhkan hukuman 2 tahun. Yg curi berjuta-juta sampai skg belum dipenjarakan.... Akhirnya ramai juga org Melayu yg pergi ke gereja utk mendapat bantuan segera utk membeli susu anak mereka.

Permudahkanlah urusan kebajikan. Jgn disusahkan benda yg senang. Apa salahnya selepas Jumaat, pihak masjid jumpa mereka yg memerlukan, yg terdesak dan beri bantuan sedikit dulu, hanya utk sementara. Kemudian ambil butir2 mereka dan hantar kepada Puzat Zakat atau pihak Kebajikan Masyarakat.

Selalunya mereka yg kesempitan dan terdesak ni tak tahu di mana tempat utk mengadu. Mereka tak tahu proses atau prosedur utk membuat aduan dan meminta bantuan. Inilah kelemahan sistem kita yg menjadi satu kesempatan kpd pihak lain utk menarik org Islam berpaling ke arah mereka.

RENUNG-RENUNGKAN....

Friday, November 8, 2013

golden pillar

solat...


persoalan yang sukar untuk ditafsirkan, walaupun mudah tapi very complicated to answer, walaupun hebat, gagah, perkasa, kaya, kuat, berkuasa belum tentu dapat tunaikan solat. Kalau tanya muslim rasanya memang tahu jawapannya wajib!! tanyalah pada kanak-kanak, budak kecik, orang muda, dewasa dan kategori banyak pengalaman semua akan kata solat tu wajib!! dan yang pastinya solat sunat hari raya lebih wajib dari solat yang wajib dikerjakan hari-hari.

kenapa? satu persoalan lain, nak kata susah cari tempat untuk bersolat, rasanya kat Malaysia ni punyala banyak masjid, surau, musolla. Kat airport setiap tingkat ada surau, bukan satu tapi dua. Setakat ni tak jumpa lagi orang solat zuhor atau asar kat taman-taman atas rumput kat Malaysia. Sebabnya surau memang banyak disediakan. Kalau takde pun kurang 2 km mesti ada masjid atau surau, nak kata baju kotor ada lagi ke yang kerja jadi pengangkat najis. Lagipun hampir kesemua tempat solat kalau kat Malaysia ni mesti ada disediakan kain  kalau disediakan jubah pun bukannya kita nak pakai kan. Perempuan pun ada disediakan telekung, kaum hawa kat negara kita ni kalau takde telekung takleh solat walaupun padahal dia dah memang berjubah...

Apapun tanya diri sendiri la! memang hidayah Allah yang bagi tapi kita perlu cari. Kalau lapar tahu pulak pi cari makanan, ni hati dan rohani kita ni pun kena bagi makanan gak kan. InsyaAllah moga entri kali ni ada manfaatnya. Benarlah solat itu tiang agama, sesuai dengan peranan dia sebagai tiang! takde tiang rosak segalanya...

**peringatan untuk diri sendiri...