Thursday, December 30, 2010

piala AFF suzuki 2010


assalammualaikum dan salam sejahtera...entri kali ni just to say congratulate to our national football team was show us very good performance...tak rugi sapa yang tengok...walaupun aku bkn kaki bola...tp perlawanan semalam pada aku its not so bad...kalau dapat maintain mcm ni insyaallah maybe kita dapat masuk world cup satu hari nanti...antara yg terbaik pd aku ialah khairul fahmi...our goal keeper...tahniah...berjaya menyelamatkan byk serangan bertubi tubi Indonesia...walaupun terbolos gak 2 kali...tapi takde isu laser...hehe...

dek kerana perjuangan mereka ni jugakla...tak pasal2 aku dan seluruh rakyat Malaysia dapat cuti...hehe...

Friday, December 17, 2010

kematian...berakhirnya sebuah kehidupan...


sedar atau tidak...semakin lama kita hidup...semakin hampir kita kepada kematian... Kematian=pengakhiran sebuah kehidupan.... dan sama ada kita sedar atau tidak...sudah bersediakah kita untuk mati...ramai orang cukup takut untuk membicarakan, mempersoal, menyatakan malah mendengar perkataan mati... ereka berasa cukup suwey kalau dengar perkataan 4 huruf itu...tapi adakah kita yang menentukan saat kematian kita....tidak...

ramai orang tahu dia orang islam....tapi tidak ramai yang menyedari dia beragama Islam... ramai orang tahu...solat 5 waktu itu wajib...tapi tidak ramai yang sedar dia wajib melaksanakannya... ramai yang tahu, tuhan yang memberi rezeki...tapi tak ramai yang sedar kurniaan rezeki dan segala-galanya berlaku dengan izin dan perkenan Allah...

keislaman seseorang bukan terletak pada namanya...pada keturunannya tetapi sejauh mana dia menjadi hamba kepada penciptanya... setebal mana takwanya kepada tuhannya... ramai orang cari harta kekayaan...seolah-olah...hartalah segala-galanya...(peringatan untuk diri aku) sehingga lupa apa tujuan dan matlamat hidup kita yang sementara ini sebenarnya...janganlah sehingga kita menghembuskan nafas terakhir pun kita tidak sedar apa tujuan kita diciptakan di dunia ini...

entri kali ini ditujukan khas untuk diri aku sebenarnya...so fikir-fikirkan....

Tuesday, December 14, 2010

aduh dahsyatnya...


semalam kelas pertama untuk subjek aku, Instrumentasi pada sem ni..so mcm biasala berkenal-kenalan...bercerita...wat2 gempak skit...takut-takutkan sikit...seram-seramkan sikit...sehingga secukup rasa...and at the end biasanya aku akan cakap...jangan lupa tuhan...so untuk peringatan terakhir aku ni...aku pun pilihla secara random sorang mamat ni...

aku: vietnam...ko agama apa...?(aku tanya kat sorang bdk...Vietnam tu aku bg nama kat dia sbb...)
vietnam:islamla encik..
aku:td hg sembahyang zuhor tak?
vietnam: tak
aku:subuh...confirmla tak kan...semalam sembahyang apa..
viietnam:tak
aku:so bila last ko sembahyang?
vietnam:raya
aku:peh sadis betul ko ni...oklah sembahyang zuhor berapa rakaat?
vietnam:......berapa hah(bertanya kepada kwn sebelah dia)...4 rakaat encik...
(kelas mula bising....student lain yg kononnya alim skit mula gelak2)
aku: maghrib....
vietnam:4...n pastu tanya kat kwn dia...then find..3 encik...
aku: oklah...biasanya kita sebelum sembahyang..kita menghadap apa...kat arah mana kita nak solat?
vietnam:menghadap dinding encik(jawapan dengan penuh confident)..

peh dalam hati aku kata...parah betul budak ni....( tu baru sorang yg aku jumpa maybe ramai lagi)...so fikir-fikirkan generasi pewaris negara masa depan mcmn...

Sunday, December 12, 2010

saman lagi...


saman lagi...his tak best betulla...bulan ni rabak poket aku kat seribu gara2 bayar saman je...pakcik2 polis cuba la buat kerja lain pulak...asyik nak menyaman je...kadang kita bukan sengaja pun nak melanggar undang2...yelah kalau setakat keta wira 1.3 aku tu laju manala sangat...pastu atos...laju sgt ke...nak cecah seratus pun aku rasa dah takut dah...tp still kena saman speeding gak...pi la saman keta singapore yg sibuk duk angkat lampu je bila kat highway Malaysia tu...kan lg bagus...

kadang2 kita kena saman sebab kawasan 60@ 70 km/j kita bwk 85-90 km/j...tu yg kata laju tu..tp salah diorang gak...kdg2 kita tak tahu/persan pun bila masa dh bertukar had laju ni... tulah kita ni ibarat mentimun nak kata mcmn...

Thursday, December 2, 2010

sedar atau tidak..


entri kali ni aku buat kat isuzu sevice centre jalan tun jugah...kuching. jgn hairan atau pelik kenapa aku buat kat sana...aku berada di sana atas urusan kenderaan jepun... sebab aku pi servis ketala...haha


anyway berbalik kepada tajuk aku kali ni, samada kita sedar atau tidak...semakin lama kita melayari internet...semakin banyak kita berurusan dengan bank...semakin kerap kita berurusan melalui atas talian @ online...semakin banyak kita menggunakan peralatan elektronik...semakin terdedahla kita kepada bahaya...


kenapa begitu...kerana dengan kecanggihan teknologi terkini...semua data, maklumat,rahsia kita dapat diakses dengan mudah...thats why kalau hg tak percaya...cuba kita lihat pak2 menteri...ada tak diorang pegang2 hp di tangan...jarang sekali kan...apabila kita berurusan dengan bank...semua data kita diambil...bkn kita je...kadang2 kaum keluarga kita pun di"check" sama...aku pun pelanggan tegar bank gak...peh pening2...


semakin banyak kita berfb...bertwitter...berchatting....ber....apapala..so semakin terdedahla kita kepada dunia terbuka...kebanyakkan orang suka catatkan segala aktiviti di laman2 sosial...mcm kat fb...hbs sume gambar dr zaman bayi.... sekolah rendah sampai ke dah beristeri....sume nak diupload...semua nak diceritakan...mmg kalau fikirkan ala...tak da papun...saja suka2...tapi akibatnya mcm2...selain menambahkan dosa...sebab apa dosa...sebab kadang2 gambar kita tak tutup aurat pun habis dimasukkan sama....sama2la kita wat perubahan...


oklah aku cuma nak lontarkan idea untuk difirkan je...so pandai-pandaila pk sendiri...

Wednesday, December 1, 2010

saman...


pagi ni balik dr solat subuh aku terus bukak radio malaysia sarawak...berita pagi jam 6...antara yang menarik aku dengar hari ni...jeng jeng...saman diberi diskaun 50% jika bayar dalam tempoh 2 minggu bermula hari ini...tu yang syok dengar tu...tp sebenarnya tak syok gak...

kenapa aku kata tak seronok...lu pikila mana ada orang seronok bayar saman...aku dapat 500 je...bonus yang gomen janji hari tu(actually bukan bonusla tp nama dia bantuan khas kot) tak kisahla tu...br je dpt hari dah nak kuarkan byr saman...so aku ni mcm org tgh jelah...ceh..lu pkla kalau dh 3 saman...tak ke habis duit yg baru dapat tu...

nilah yg dikatakan tawa dalam tangisan ni....huhu...baru plan nak beli kerusi kayu jati...hancur musnah...tp takpe lepas ni aku akan pandu keta baik2...yolah tu...sebenarnya bkn salah aku...yelah tengah2 jalan 90km/j bila masa pulak dh jd kawasan 70km/j...

nak wat camno...dh bukan rezeki kamek...adala tu rezeki lain yg Allah nak bagi...Ya Allah berikanla aku menang cabutan bertuah petronas @ pertandingan yang aku sertai...amin

Monday, November 29, 2010

lembu punya bau...



entri kali ni aku nak citer pasal korban....kisahnya bermula apabila aku sampai di rumah pada malam raya yang lepas lingkungan pukul 11 lebih..

pabila sampai ke laman rumah...hidung aku terbau sesuatu...sesuatu yang sepatutnya tidak mungkin wujud bau tu di kawasan kejiranan aku ni... ah lantakla...aku pun masuk rumah...aku pi ke dapur...bau tu datang semula...kali ni lebih kuat..

rupa-rupanya mak aku cakap esok wat korban...ptg td bpk aku tambat lembu kat pokok belakang rumah...patut pun ada bau...ceh...

gambar atas...jiran2 aku sedang melapah daging...
gambar bawah...proses timbang utk agihan..

anyway apa yang pentingnya ialah di sebalik ibadat korban ni...fikir fikirkan...

Tuesday, November 16, 2010

jalan-jalan...


entry kali ni selain nak ucapkan selamat hari raya aidil adha...aku juga nak ucapkan selamat bercuti dan selamat pengantin baru kepada kawan2 aku...memang tengah musim sekarang ni...anyway biasanya lepas majlis perkahwinan...the first thing yang usually orang buat ialah pi honeymoon....

antara tempat yang selalu memanggil ialah panggilan pulau langkawi...kira oklah pulau langkawi ni...sume dalam satu...ada air terjun...pantai...muzium....lagenda mahsuri yang terkenal....shopping...aktiviti x treme...dan macam2 lagi...ni untuk local destinationla..

bali adalah antara tempat menarik yang selalu dilawati...apa yang ada kat bali ni...mcm2 ada...tetapi bali ni terkenal dengan kekayaan sumber budaya dan sejarah silamnya...pantainya yang indah...keindahan alam semulajadi...sawah padi...gunung berapi....dan kat sini juga masih ada gunung berapi yang masih aktif antaranya gunung batur... yang baru sahaja memuntahkan laharnya sekitar tahun 2000...tapi kat bali ni bukan kawasan muslim...so makanan halal kena berhati-hati sikitla... selain tu medan pun menarik gak... lake toba dan perjalanan ke sana memang menakjubkan... air terjun si piso-piso sungguh menunjukkan kekuasaan ilahi...

tapi kat sini aku nak promosi Sarawak especially Kuching....apa yang ada kat sini...macam2 antaranya kg budaya entrance fee for non sarawak rm 60... yang menempatkan kesemua rumah2 kaum yang ada di sarawak, pantai damai... di santubong... semanggok- tempat pemuliharaan orang hutan, jong crocodile.. tempat buaya, hehe kat sini memang byk buaya masa aku pi dulu fee utk non local rm 15... matang wildlife... muzium yang menjadi kebanggaan rakyat sarawak, yang ni free of charge ada byk kat kuching...muzium kesenian islam, muzium textile, muzium seni, muzium antropologi dan mcm-mcmlah.... selain tu kat kuching ni byk tempat2 makan, so apa lagi maila ke sarawak...hehe

entry kali ni saja promote sarawak sebab bosan takde orang...sume orang dah bercuti..tinggalla beberapa kerat je kat office ni...

Wednesday, November 3, 2010

meletakkan sesuatu pada tempat yang betul


entry kali ni aku nak cerita pasal meletakkan sesuatu pada tempat yang betul...apa tu? ek eleh memangla orang letak pada tempat yang betul...takkan orang letak pada tempat yang salah pulakkan...tapi banyak orang pada hari ini tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang betul...

apa buktinya?? ya cuba kita lihat dalam bab solat...kebanyakkan orang pada hari ni mewajibkan solat sunat aidil fitri dan solat sunat aidil adha tetapi mengabaikan solat fardhu lima waktu...tak ke pelik tu...yang wajib ditinggalkan, yang sunat besungguh-sungguh pulak...dahla kalau solat pun di akhir waktu pastu tak pakai baju pula....aduh sadis sungguh jika dibandingkan dengan solat hari raya...datang awal...pakai baju yang tercantik...berkilat-kilat lagi...(aku tak cakap tak boleh pakai lawa2 n datang awal ke masjid untuk solat sunat hari raya ok...cuma jangan sampai menidakkan hak yang wajib...itu yang lebih utama)

cuba kita lihat...kalau ada orang pegang babi..contohnya suatu ketika dahulu heboh diperkatakan mengenai mengenai seorang pelajar veterinar...menyambut kelahiran babi...siap ada pulak yang mempertikaikan perempuan islam itu pakai tudung...ada pulak perempuan yang tak reti nak tutup aurat ni berbangga...aku ni tak tutup aurat pun tapi tak pegang babi...peh..macam baguih je... tapi banyak orang lupa...pegang babi tak dosa..setakat aku hidup dah 27 tahun ni...tak pernah pulak aku dengar mana-mana ustaz kata pegang babi ni haram...yang pasti makan babi itu haram...memangla babi ni tergolong dalam kategori najis berat tetapi cukup dengan sertu sahaja...(kebanyakkan orang panggil samak tetapi masa aku belajar kat sek agama dulu samak untuk bersihkan kulit binatang menggunakan bahan2 yang tajam seperti tawas kapur @bahan2 kimia)...dan tak perlu pulak kita bertaubat kerana pegang babi...

tapi kebanyakan manusia pada hari ni yang seolah-olahnya memperjuangkan Islam memberi reaksi sekiranya seseorang tu pegang babi macam dosa besar kena bertaubat...tetapi kalau pegang tangan ataupun salam dengan orang yang bukan muhrim tu macam tak salah je...kadang2 kat majlis2 yang konon2nya menyambut kebesaran hari2 dalam Islam tetapi habis semua orang disalamnya..tak kiralah muhrim ke halal ke haram ke janji salam...kononnya hormat orang la tu...tak menyombong...cit podah...tulah padahnya kalau hukum akal tanpa ilmu yang memimpin diri...

Sunday, October 24, 2010

makan untuk hidup @ hidup untuk makan


entri kali ni aku nak cerita pasal makan....bukan ulasan makanan...or nak promote kedai mana sedap...tapi nak bercerita mengenai keghairahan manusia seperti aku dan kau...terhadap makanan...

kalau pasal makanan jalan jauh pun takpe...jalan2 cari makanla katakan..tapi untuk solat berjemaah...alasannya...masjid jauhla dari rumah aku...nak kena start enjin dulu...tp hakikatnya pi makan confirm start enjin...jauh bro...pi makan...takpe...

kalau pasal makan...sibuk macamana pun masih sempat...tapi untuk majlis ilmu...kuliah kat masjid..or kat mana saja...tak sempatla...keje banyak....tapi pi makan boleh...siap ada majlis mengumpat lagi...haha...

tengok jelah kat tv...berapa banyak rancangan masakan...kalau bulan puasa lagila sangat...pukul 7 pagi dah start program masakan...maybe tujuan asalnya baik...untuk memudahkan kaum ibu yg menonton program tersebut agar dapat mencari bahan n seterusnya menyediakannya sebagai juadah berbuka..tetapi bagaimana pula kepada penonton yang lemah imannya...tgk biskut kering dah leh tergoda...inikan pulak ikan kerapu masak tiga rasa...ikan siakap masak stim...peh...pak aji pun meleleh air liur...

sedangkan Allah berfirman....tidak aku jadikan jin dan manusia semata-mata untuk beribadah kepadaku...so mengapa kita sering menjadikan makan sebagai perkara pokok dalam kehidupan..hakikatnya... kita makan untuk mendapatkan tenaga bagi melaksanakan ibadah kepada Allah.. di sini harus diingat...aku tak cakap pun takleh makan...ok...cuma berpada-pada...kerana makan pun sebenarnya adalah ibadah...tetapi kena betul caranya...

sebenarnya Islam amat menitikberatkan soal makan...bukan dari segi rasanya atau kualiti masakannya..tetapi bermula daripada bagaimana kita memperolehinya... ayam goreng walaupun ia halal...tetapi jika ia dibeli dari sumber yang haram...maka haramla jadinya...pastu kita lihat pula siapa yang memasaknya...kita sering mendengar kisah para ulama di zaman dahulu...sgt menjaga soal pemakanannya..jika diketahui makanan yang dimakannya dimasak oleh seorang yang tidak mejaga solatnya pun udah cukup untuk membuatkannya memuntahkan semula apa yang telah dimakannya...bagaimana dengan kita...tukang masak bukan Islam pun ada yang masih berselera lagi makan...

nabi pernah berpesan...makanla ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang..kerana orang yang makan terlalu kenyang akan menjadi malas dan tidak produktif...di samping itu juga makanan adalah punca kepada pelbagai penyakit...

sebenarnya dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda iaitu udara, air dan makanan...so kalau kita dah penuhkan kesemuanya dengan makanan...faham-fahamla sendiri apa akibatnya...so thats why islam menganjurkan kita berpuasa Isnin dan Khamis...Ramadhan sebulan..untuk menyeimbangkan ruang perut kita dan memberi cuti rehat kepada crew perut dari bekerja keras...sedangkan kita pun cuti 2 hari seminggu...25 hari setahun...

akhir kata jagalah makan kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kita...ingatlah kita makan untuk meneruskan kehidupan bukan hidup untuk makan... ikut nafsu lesu...ikut hati mati...ikut sunnah...jannah balasannya...InsyaAllah...semoga kita semua terpelihara dan diredhai Allah...

Sunday, October 17, 2010

kuliah subuh..


entri kali ni aku nak cerita pasal kuliah subuh kat masjid pagi tadi...memang kebiasaannya aku memang menanti kuliah subuuh hari minggu ni...antara sebabnya ialah ustaz yang beri kuliah tu...Ustaz Hj md Ahir....beliau ni merupakan Ketua sektor pendidikan Islam...JPN sarawak... kuliah beliau ni kebiasaannya akan membuka minda kepada sesuatu yang baru...n banyak ilmu n pengetahuan baru yang akan kita dapat...

so thats why kuliah beliau akan menjadi sesuatu yang ditunggu oleh aku... n pagi ni...secara ikhlasnya...aku mengaku tidak tidur sepanjang kuliah... biasanya seperti telah menjadi kewajipan kepada aku...mesti tdur punya...tak kisahla...kuliah ke...ceramah ke...forum ke...seminar ke...except ada sesuatu yang aku minat nak tahu...or sesuatu yang baru yang boleh tambah ilmu aku...ok...

pagi ni, ustaz md ahir cerita mengenai dari Allah kita datang...kerana Allah kita Hidup n kepada Allah kita kembali...so kita mmg takleh lari daripada tuhan yang mencipta kita...

sebenarnya entri ni yg kedua...yg pertama td...bila dah siap taip...internet takde pulak...habis hilang...takpe ada hikmahnye tu...lain kalila aku sambung balik..

Thursday, October 7, 2010

ramadhan dah lama pergi...syawal menanti hari

sedar atau tidak dah lama rupanya aku tak berblog...sejak balik kg nak raya...sampai dah balik kg balik...sebulan lebih jugakla...bukan tak nak...plan memang ada tapi tulah...macam-macam benda yang nak dibuat..akhirnya...terlupa...alasan hebat skit..tak sempat...maklumla sibuk...hehe

apa khabar semua...entry kali ini just nak ucapkan selamat hari raya...maaf zahir batin...walaupun syawal hanya berbaki 2 hari tapi mood raya masih tetap dirasai...apa tidaknya kuih raya sentiasa menemani di mana sahaja berada...kat office ada kuih raya..kat masjid...malam jumaat pun ada kuih raya...kat umah...mmg confirm ada...wlaupun serdak kuih raya...kan...

anyway sebenarnya raya kali ni banyak benda yang menarikberlaku kepada diri aku...yang berjaya mengimbau kembali nostalgia di zaman kanak-kanak...n zaman persekolahan...tak kisahla masa sekolah menengah ke sekolah rendah...bestnya raya masa tu...

dulu masa sekolah rendah...gi solat terawih beramai-ramai naik basikal...pastu tunggu sampai waktu moreh...lepas makan tak balik terus...pi main-main dulu...macam2 xtvt masa tu...ckp je sume jadi... bila raya pulak...pi marhaban sekolah...tiap2 malam 4@5 buah rumah...makanan febret masa tu...mee goreng@mee hoon goreng...agaknya senang kot nak disediakan...dapat duit raya masa tu 50 sen dah kira banyakla tu...kalau tidak 20 sen je...

oklah senang senang nnt aku sambung lagi cerita raya di zaman sek menengah...lepas sekolah...u...habis u...n bila dah kerja...

kata2 pujangga hari ini... kalau kita dapat tangkap masa....pastu suruh dia berhenti sat...kan baguih tu...

Thursday, August 26, 2010

sahur...

entri kali ni saja aku nak bercerita pasai sahur...masuk hari ni dah 3 hari ktorang satu rumah terlepas sahur...jam loceng dah pasang..alarm hp dah on...tp tak sedar gak..tulah yang dikatakan..manusia hanya merancang tuhan yang menentukan...kita hanya boleh berusaha..yang menentukan Allah jua..dia yang menciptakan kita so sepastinya dia tahu apa yang terbaik buat kita...

Tuesday, August 24, 2010

budaya...


entry kali ni berkisar tentang perkara yang nampak kat masjid malam td...seperti biasa sepanjang bulan ramadhan ni masjid penuh dan meriah dengan pelbagai jenis manusia..so bila dah ada pelbagai jenis manusia of coursela ada pelbagai jenis ragam..

td aku sampai masjid lambat sikit(sebenarnya banyak..dah rakaat akhir solat isyak), so aku duk di saf belakang..bila duk belakang ni maka luasla pemandangan..depan aku ni ada sekumpulan budak muda..maybe around form 4 or form 5 @ br habis sekolah...aku perhatikan diorang pakai rantai n gelang...aku wat tak kisah jelah..dalam hati aku, mungkin diorang tak tahu lelaki muslim takleh memakai rantai dan gelang..tp bdk2 ni kira oklah masih lg ada kesedaran nak dtg masjid..

habis 8 rakaat, macam biasalah..bertempiaran manusia2 yang ada dalam masjid ni keluar..macam ada bom nak meletup je gayanya...so aku pun ke saf yang jauh di hadapan..depan aku kali ni..sorang pakcik yg umur dia lingkungan 40 an ke 50 an...pemberatnye lebih kpd 50 an..

apa yang menariknye, pakcik ni punya rantai lg besar dr budak td..boleh dikatakan 12-13 kali lebih besar..so dalam hati aku berkata...patutla bdk2 ni suka pakai rantai..generasi sblm dia lebih hebat rupanya...alahai kesiannya...

Monday, August 23, 2010

pakistan...


entri kali ni aku saja nak cerita pasal budak Pakistan yang selalu datang kat masjid taman yang aku tinggal sekarang ni...sebenarnya apa yang mencuit hati aku kepada budak ni ialah ketekunannya mengutip makanan...kalau dah dapat kat dia...alamatnya orang lain tak kan merasa lg...ada satu hari tu..malam jumaat...biasalah lepas baca yasin...jemaah akan dijamu dengan sedikit juadah..budak pakistan ni tgk je orang lain makan...dan seperti sedia maklum..orang Malaysia ni ramah dan berhati pemurah..

maka ramaila yg hulurkan makanan kat budak ni...so dia apa lagi..start kumpul hasil, berdulang2 dia sapu...kalau dulang tu dia dah pegang..budak lain nak ambik kuih sikit ddalam dulang tu pun dia tak bagi...peh dahsyat...agaknya itulah survival hidup diorang di tempat orang...agaknye mmg dah dididik begitu...

itulah sebenarnya gambaran yang berlaku di Malaysia ni, kita cepat kesiankan orang lain..akhirnya rakyat sendiri yang tak dapat makan..

fikir dan renung-renungkan...

Sunday, August 22, 2010

bubur lambuk...


petang tadi aku solat asar kat masjid negeri sarawak...sambil2 nak ambik bubur lambuk..lembaga amanah masjid ni sediakan bubur lambuk tp aku tak taula setiap hari ke @ pun weekend je...ok setel bab tu...

apa yang aku nak ceitakan kat sini ialah...orang2 yang mai ambik bubur tu...waktu asar...bukannya nak masuk masjid solat jemaah sama...tp wat tak tau je beratur tunggu giliran nak ambik bubur...

lepas selesai solat asar...aku pun pi beratur sekali, punyala panjang barisan..mcm-macam ragam ada, walaupun agihan ni dbuat dalam kawasan masjid tp ada yang tak rasa segan langsung memakai seluar pendek...perempuan tak pakai tudung...dan macam2 gaya ranggila...memang datang masjid stakat nak ambik bubur je...hai manusia2...

apapun aku doakan mereka diberikan hidayah...dan engkau berkatilah kami semua, Ya Allah..tetapkanla iman dan teguhkanlah hati kami ke arah kebaikan...

ramadhan...oh...ramadhan...


first aku nak lontarkan beberapa persoalan.... kenapa bila bulan Ramadhan je hotel2 beria-ia buat promosi makanan? kenapa bila bulan pose je berduyun2 orang pi bukak puasa kat hotel...? bazaar ramadhan tak jadi hal....
kalau difikirkan balik...tujuan disyariatkan berpuasa antaranya ialah menghayati kesusahan orang lain...yang biasa kenyang...cuba2 merasa lapar...tapi lain pulak jadinya... pernah satu ketika sorang non muslim ni tanya..apa pasal orang melayu(mean Islam) suka makan kat hotel bulan posa? hah...apa korang nak jawab...yang hairannya bulan2 lain takde pulak sibuk nak pi makan kat hotel...

bila tibe ramadhan je sibuk nak pi bukak pose kat hotel, tulah manusia...suka manjakan diri lebih2, baru setengah hari tak makan, disumbatnya sepenuh2 bila berbuka...kadang2 bukak pose smp kul 9...apa cerite ni bang...solat maghrib pun tak...yelah bulan tak puasa pun tak solat nak wat camne...

kalau difikirkan duit yg kita belanjakan utk makan kat hotel...mungkin bg sesetengah orang boleh digunakan utk membeli juadah berbuka selama setengah bulan..drpd kita je yg makan sorang2 utk sehari...better kita sedekahkan kat orng yg memerlukan..phala sedekah pun dapat...berlipat2 ganda lagi...

entry ini bukan utk mengenakan sesiapa...terlebih dulu susunan sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada yg terasa...just untuk difikirkan bersama...

ramadhan bulan yang penuh keberkatan...jgn jadikan ramadhan bulan yang penuh makanan...

have a nice day

assalammualaikum dan salam sejahtera...

entry kali ini aku cuma wish welcome back to myself... since last year...aku dah tak berblog lagi...blog lama aku pun entah ke mana menghilangnye...mungkin mike sudah buang... anyway apa kabar sume... selamat menghayati ramadhan al mubarak... ingat keberkatan n keredhaan Ilahi mesti dicari...

selamat beramal...