Monday, January 31, 2011

kerdilnya diri ini...


Entri kali ni aku nak mengucapkan syukur yang tak terhingga kepada Allah yang Maha Mengetahui... sedarkah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanyalah ihsan dan tanda kasih sayang Allah kepada hambanya... walaupun kita sering ingkar akan perintahnya dan jarang sekali menzahirkan rasa syukur dengan nikmat yang dikurniakan tapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah...kita terus diberi nikmat yang melimpah ruah...

Maybe sesiapa yang pernah terbaca entri sebelum ni..aku ada ceritakan betapa bernilainya nikmat Iman dan nikmat Islam...kali ni aku nak bertanya pernahkan kita merasai betapa berharganya kedua-dua nikmat ini... mungkin kita yang telah lahir dari perut seorang muslim tidak pernah merasakan nikmat Islam ni kan...kalau ada pun hanyalah sekadar di pinggiran pemikiran...

Apa yang kita tahu sebagai seorang muslim kita akan diajar membaca doa makan, diajar mengaji, diajar solat, dan disuruh berakhlak mulia... itupun bagi yang bernasib baik mempunyai keluarga yang masih membudayakan nilai-nilai Islam...(sengaja aku menggunakan perkataan membudayakan kerana kebanyakan dari kita hari ni membuat itu dan ini kerana kebiasaan bukannya kerana rasa takut dan rasa syukur kepada penciptanya)
, jika tidak kita hanya dinamakan dengan Muhammad, Siti, Ahmad atau Nor.... selesai menamakan dengan islamic name maka islam bayi itu tanpa diberi pengetahuan asas tentang agama... bila budak ni akan belajar...nanti kat sekolah cikgu.... akan ajar..

Sebenarnya aku manusia jahil... jahil dari segi konsep ketuhanan... qada' dan qadar Allah... takdir Ilahi... sebenarnya segala yang berlaku semuanya dengan izin Allah... dialah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya...tetapi sebagai seorang hamba kita sering alpa dan mempertikaikan apa yang berlaku...Ya Allah kau ampunkanlah dosaku...

Tahun baru 2011 ni banyak mengajar aku erti sebenar kekuasaan Allah... erti sebenar nikmat Iman dan islam...erti sebenar betapa allah maha luas pengetahuannya dan segala yang berlaku semuanya adalah di bawah rencana dan perhatian Allah... semester ni aku ditemukan dengan seorang pelajar Islam yang langsung tidak tahu solat..dan hampir tidak tahu hukum-hukum agama... tetapi dengan rahmat dan kasih sayang Allah.. Allah bukakan pintu hatinya dan berikan petunjuk kepadanya...

Alhamdulillah, jika sebulan yang lalu dia masih lagi meraikan tahun baru di pub... minum arak dan bercampur gaul dengan perempuan yang bukan muhrim... tetapi kuasa Allah mengubah segalanya... benarlah firman Allah bahawa hanya Allah yang berkuasa memberi petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki.. sebelum ini ambil wudhu pun dia tak tahu...tahayat akhir tak hafal tetapi alhamdulillah...Allah mudahkan segalanya..

Berdasarkan apa yang dinyatakan kepada aku... dah hampir seminggu dia bersolat cukup 5 waktu...kalau tertinggal pun segera diqadanya tanpa disuruh... aku merasakan sangat bersyukur dan merasa betapa kekuasaan Allah melebihi segalanya... malam td dia msg aku... katanya dia akan berpuasa hr ni.. satu lagi tanda betapa Allah berkuasa ke atas segala-galanya... bayangkan seumur hidupnya tidak pernah berpuasa lengkap (anyway sblm ni dia dah puasa gak sehari..tu pun aku just tanya bila nak belajar puasa n dia terus ckp nak cuba puasa esok)..tetapi berkeinginan pula berpuasa di luar bulan Ramadhan yang jauh lebih banyak rintangan dan dugaan.. dan ibadah ni sesungguhnya menuntut kita melakukan dengan ikhlas kerana hanya kita dan Allah sahaja yang tahu...

Sesungguhnya semua yang berlaku tidak tejadi dengan sendirinya.. Allah yang Maha Bijaksana mengatur perjalanan hidup hambanya dengan sebaik-baik aturan. Yalah pada hakikatnya aku yang mengajarnya tetapi secara tersirat banyak benda yang aku belajar daripadanya... mungkin sebelum ni aku malas membaca..tetapi sekarang aku cuba menghabiskan sekurang-kurangnya sebuah buku ilmiah dalam masa seminggu.. mungkin sebelum ni kalau aku terjaga tengah malam aku cuma tengok jam dan akan tidur kembali tetapi melihat kepada perubahan yang berlaku kepada Vietnam...

Aku tertanya mengapa aku tidak boleh... kalau dia yang tak pernah solat..tak tahu solat berusaha untuk solat penuh 5 waktu kenapa aku tidak cuba improve diri aku dengan melakukan solat-solat sunat di sepertiga malam... mungkin ini juga menjadi sebab mengapa Allah pertemukannya denganku... bukankah Allah maha Berkuasa dan dia berhak menentukan apa yang ingin dia anugerahkan? dan alhamdulillah pagi tadi tanpa bunyi alarm dan tanpa ada orang yang kejutkan..aku terjaga sekitar pukul 4 suku..tetapi perasaan malas ditambah lagi dengan suasana sejuk akibat hujan yang turun dari semalam membuatkan aku menarik selimut..

Tetapi seperti ada satu kuasa yang menyuruhku bangun..tak sampai setengah jam aku tidur... aku terjaga semula... kali ni aku lihat jam menunjukkan pukul 4.40 pagi... aku merasakan ini mungkin isyarat dari Allah yang telah memperkenankan niat hatiku untuk berubah ke arah lebih baik... aku terus bangun dan hairannya hilang terus rasa mengantuk... benarlah kuasa Allah melebihi segalanya...tiada yang mustahil bagi Allah.. aku harap, aku dapat keistimewaan bangun malam ini secara berterusan...Insyaallah

oklah aku rasa cukup dululah entri kali ni...walaupun tetiba banyak pula idea yang datang...lain kali aku cerita pula bagaimana Vietnam boleh masuk ke poli...akhir kata jagalah iman..anugerah yang tidak ternilai harganya...





Sunday, January 23, 2011

apa ya?


Anyway entry kali ni aku nak cerita pasal buku yang aku baca weekend ni, actually bukan kandungan dalam buku tu yang aku nak ulas... travelog syahadah... buku ni menceritakan liku-liku yang dialami oleh seorang bidayuh dalam mencari erti sebenar Islam.. antara petikan dalam buku yang menarik minat aku ialah"begitu sukar rupanya untuk merangkul iman dan Islam pada sesetengah insan berbanding insan lain yang mendapatnya secara terpijak. Ironinya yang sukar itulah yang manis..."

If we make an observation and research about this... we will find the phrase are true... why??? yelah cuba kita perhatikan memolek... berapa ramai orang Islam yang mendapat Islam kerana keluar dari perut seorang ibu yang Islam tetapi tidak mengamalkan hukum-hukum Islam... solat hanya sekali seminggu.. itupun kalau sempat... lebih parah lagi yang solat hari raya je... pi ke masjid seperti dah jadi adat pagi raya kena pi solat raya walaupun tak tahu solat takpe.. pi je janji boleh pakai baju lawa...


Inilah sebenarnya masalah kita... masalahnya ialah tidak pernah tahu pun apa tujuan kita diciptakan oleh Allah ke dunia ni.. tapi masalahnya dah la tak tahu tapi tak pernah pun nak ambil tahu... den yakin dan percayo masih ramai yang umah kato poeila... kubuq kata maila...tapi masih tak sedar diri lagi..masih kabur lagi dengan tujuan kita diciptakan di dunia ni...

Pagi tadi masa kuliah subuh ustaz ada menyatakan tujuan kita hidup ni ada 3; apa agak-agaknye.... yang pertama ialah beribadat kepada Allah kerana Allah ada berfirman tidak aku jadikan jin dan manusia semata-mata untuk beribadah kepadaku.. tapi ibadah ini pun kena pastikan yang betul...bukan yang menyeleweng, sebab sekarang ni banyak ajaran sesat.

Kedua adalah menjadi pemimpin; tak semestinya nak kena jadi perdana menteri atau menteri, ketua pengarah, pengetua, pengurus, wakil rakyat, ketua kampung atau ketua cawangan barulah dikatakan pemimpin.. yang terdekat ialah memimpin diri sendiri kerana belum pasti lagi kita dapat memimpin diri kita sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah.. kalau lebih besar sikit jadi pemimpin keluarga... tapi yang peliknya ramai orang yang gagal memimpin keluarga..gagal mengawal diri sendiri tetapi bercita-cita besar untuk menjadi pemimpin masyarakat..pemimpin negara... ingatlah bahawa setiap kita akan disoal di akhirat kelak.. dengan apa yang kita pimpin...

Ketiga ialah mengimarahkan dan memakmurkan bumi Allah.. jika kita seorang pendidik.. maka imarahkan bumi Allah dengan memberi didikan yang benar... yang tidak menyeleweng dan benar-benar mendidik untuk kepentingan agama...bangsa dan negara bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.. cukup bulan tunggu gaji masuk.. sekiranya kita seorang polis...jalankan tugas yang diamanakan dengan penuh bertanggungjawab..dedikasi dan ikhlas kerana Allah.. sekiranya masih menjadi seorang pelajar...belajarlah dengan bersungguh-sungguh... ingatlah semua perkara adalah ibadah sekranya kita melaksanakannya ikhlas kerana Allah..yang utama untuk mendapatkan redha dan keberkatan darinya...

Sebenarnya den nak ucapkan terima kasih kat vietnam sebab dia telah membuatkan den raso...i need to gain and improve my knowledge, thats why den giat membaca sekarang ni.. den bertekad at least dalam 1 minggu den akan habiskan 1 buah buku... harap diperkenankan dan dipermudahkan tuhan...

Tuesday, January 18, 2011

harimau sekuat tiger...




today...yesterday....double yesterday...triple yesterday...i feel not well...maybe cause by fever which i got last week... actually today i don't have any spirit to go to work...which someone called it "semangat yang hilang" i dont know why... aku masuk kelas pg td pun first one hour je aku ngajar...then sembang2 je....

sebenarnya aku mmg takde idea nak tulis ape...aku tak tau kenapa otak ni beku sgt 3-4 hari ni...idea ada skit2 tp tak nak berkembang langsung...

so....hr ni aku nak citer yg ringan2 je...ingat lg tak pasal student yang aku panggil dia vietnam dulu tu...anyway sekarang dia belajar solat dan nampaknya student ni bersungguh nak mendalami ilmu agama...stakat ni aku akan jumpa dia setiap hari isnin dan selasa selepas kelas...stp kali jumpa ada improvement...

sebenarnya dia bukan tak nak solat tetapi memang tak tau...mula2 tu aku perhatikan dia...ambil wuduk pun tak tau...tp skrg alhamdulillah dah ok...bacaan tahayat akhir pun td dengar dia baca dah lancar dan dah ingat sampai habis... tadi pun bila aku citer kewajipan seorang muslim...byk benda yang dia tak tahu tp bagusnya dia ada keinginan nak tahu...dan bila dia dengar ada perbuatannya selama ini yang salah so dia janji akan cuba elakkan lepas ni...

Alhamdulillah semoga dia benar2 ikhlas nak belajar dan bertaubat atas kesilapannya dulu... sebab iman ni sentiasa turun naik...dan yang pentingnya aku sentiasa berdoa agar kita semua dan student ni diberi hidayah...sbab bila tuhan tak nak bagi lagi hidayah...kita ceritala bertan2 pun takde maknanya... lebih baik dulu kita jahat dan kemudian berubah menjadi baik tetapi mintak dijauhkan jika sebaliknya....

so kadang2 bila kita jumpa orang buat salah jgnla kita terus menghukumnya kerana mungkin dia memang tak tau dan kita tak tau apa masalah sebenarnya...mcm kes vietnam ni dia kata memang dah lama dia nak solat tp tak tahu nak tanya orang..dia malu...so jd kewajipan kepada kita untuk mengajarnya dan prihatin and please be sensitive with your environment...dan sememangnya aku merasa sgt gembira melihat perubahan yang berlaku kat vietnam...syukur alhamdulillah hatinya masih lagi pada Islam...maybe suatu hari nanti dia boleh menjadi jauh lebih baik dari kita semua....

so kesimpulannya sentiasalah kita upgrade iman dan amal kita sementara kita masih diberi nikmat iman dan sihat ni...nikmat iman dan nikmat sihat selalu dilupakan....terutama nikmat iman...nikmat terbesar yang diperolehi...hidup ini singkat...so janganlah disia-siakan begitu saja...bak kata orang harimau mati meninggalkan kulit bulu di dinding....manusia hidup jgnla sampai orang berbulu je tgk kita....renung-renungkan dan selamat berfikir...ramai orang suka audit duit yang dibelanjakan tapi tak ramai yang audit masa yang dibazirkan... hehe

Tuesday, January 4, 2011

syukur dengan kehidupan


rasanya dah lama dah aku tak berblog...bukan takde idea tapi tak sempat...weekend pun tak sempat nak tido siang...rasanya macam-macam benda aku nak buat....tapi kekangan yang wujud terpaksa diambil kira...walau bagaimanapun aku cuba juga buat apa yang aku nak buat bukan buat perkara yang orang lain rasa aku patut buat...

sedar atau tidak...kita selalu merasa takut dengan sesuatu yang belum berlaku..takut dengan apa yang akan berlaku pada hari esok tanpa menikmati hari ini yang akan berlalu dan akhirnya kita menyesal...perkara inilah yang aku cuba elakkan...

terlalu banyak andaian...jika aku buat ini..maka akan jadi begini...jika aku buat itu akan jadi begitu...padahal andaian2 itu tidak berasas dan tiada sesuatu apa pun yang menyokongnya...dan akhirnya terbantutla segala apa yang difikirkan...bak kata orang menyerah kalah sebelum berperang... Idea ni bukan terjadi untuk perkara2 besar tetapi untuk keseluruhan aktiviti yang ingin dilakukan...terlalu banyak andaian negatif...maybe mind set kita memang telah di'setting' begitu...

kebanyakkan dari kita akan memikirkan apa orang kata nanti kalau aku buat begitu...apa yang orang akan cakap kalau aku buat begini...padahal dalam Al Quran telah menceritakan bagaimana kisah lukman dengan anaknya...di mana walau bagaimanapun kita buat pasti akan ada suara2 yang mengatakan ini salah...itu tak betul...janji yang kita buat itu tidak melanggar hukum syarak...thats fine...go on...

nikmati hidup kita yang singkat ini...hari ini jika tidak digunakan sebaiknya akan berlalu dengan sia-sia sedangkan hari esok belum tentu kita masih ada....memang betul perancangan perlu...tetapi janganla kerana terlalu membuat perancangan untuk hari esok kita terlepas keseronokan pada hari ini...

hidup ini umpama satu perjalanan menuju ke satu tempat...so kalau kita nikmati sepanjang perjalanan kita akan dapat pelbagai perkara dan perjalanan itu terasa singkat dan menyeronokkan selain pelbagai pengalaman dan pemandangan baru dapat diterokai tetapi sekiranya kita hanya memikirkan destinasi terakhir kita...sepanjang perjalanan akan terasa bosan, takut, lama dan tidak menyeronokkan..sedangkan kita tidak tahu lagi samada tempat itu menarik atau tidak..mungkin perjalanan ke sana yang menarik...siapa tahu...

so nikmati hidup ini...bersyukur dangan kehidupan dikurniakan dan janganla suka merungut tentang sesuatu perkara...jadikan sesukar mana pun perkara itu sebagai sesuatu yang mudah...jangan takut menghadapi hari esok tetapi bergembirala dengan kehidupan hari ini..

my last sentences enjoy your life...take its easy...everything will be ok.....insyaallah...