
Anyway entry kali ni aku nak cerita pasal buku yang aku baca weekend ni, actually bukan kandungan dalam buku tu yang aku nak ulas... travelog syahadah... buku ni menceritakan liku-liku yang dialami oleh seorang bidayuh dalam mencari erti sebenar Islam.. antara petikan dalam buku yang menarik minat aku ialah"begitu sukar rupanya untuk merangkul iman dan Islam pada sesetengah insan berbanding insan lain yang mendapatnya secara terpijak. Ironinya yang sukar itulah yang manis..."
If we make an observation and research about this... we will find the phrase are true... why??? yelah cuba kita perhatikan memolek... berapa ramai orang Islam yang mendapat Islam kerana keluar dari perut seorang ibu yang Islam tetapi tidak mengamalkan hukum-hukum Islam... solat hanya sekali seminggu.. itupun kalau sempat... lebih parah lagi yang solat hari raya je... pi ke masjid seperti dah jadi adat pagi raya kena pi solat raya walaupun tak tahu solat takpe.. pi je janji boleh pakai baju lawa...
Inilah sebenarnya masalah kita... masalahnya ialah tidak pernah tahu pun apa tujuan kita diciptakan oleh Allah ke dunia ni.. tapi masalahnya dah la tak tahu tapi tak pernah pun nak ambil tahu... den yakin dan percayo masih ramai yang umah kato poeila... kubuq kata maila...tapi masih tak sedar diri lagi..masih kabur lagi dengan tujuan kita diciptakan di dunia ni...
Pagi tadi masa kuliah subuh ustaz ada menyatakan tujuan kita hidup ni ada 3; apa agak-agaknye.... yang pertama ialah beribadat kepada Allah kerana Allah ada berfirman tidak aku jadikan jin dan manusia semata-mata untuk beribadah kepadaku.. tapi ibadah ini pun kena pastikan yang betul...bukan yang menyeleweng, sebab sekarang ni banyak ajaran sesat.
Kedua adalah menjadi pemimpin; tak semestinya nak kena jadi perdana menteri atau menteri, ketua pengarah, pengetua, pengurus, wakil rakyat, ketua kampung atau ketua cawangan barulah dikatakan pemimpin.. yang terdekat ialah memimpin diri sendiri kerana belum pasti lagi kita dapat memimpin diri kita sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah.. kalau lebih besar sikit jadi pemimpin keluarga... tapi yang peliknya ramai orang yang gagal memimpin keluarga..gagal mengawal diri sendiri tetapi bercita-cita besar untuk menjadi pemimpin masyarakat..pemimpin negara... ingatlah bahawa setiap kita akan disoal di akhirat kelak.. dengan apa yang kita pimpin...
Ketiga ialah mengimarahkan dan memakmurkan bumi Allah.. jika kita seorang pendidik.. maka imarahkan bumi Allah dengan memberi didikan yang benar... yang tidak menyeleweng dan benar-benar mendidik untuk kepentingan agama...bangsa dan negara bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.. cukup bulan tunggu gaji masuk.. sekiranya kita seorang polis...jalankan tugas yang diamanakan dengan penuh bertanggungjawab..dedikasi dan ikhlas kerana Allah.. sekiranya masih menjadi seorang pelajar...belajarlah dengan bersungguh-sungguh... ingatlah semua perkara adalah ibadah sekranya kita melaksanakannya ikhlas kerana Allah..yang utama untuk mendapatkan redha dan keberkatan darinya...
Sebenarnya den nak ucapkan terima kasih kat vietnam sebab dia telah membuatkan den raso...i need to gain and improve my knowledge, thats why den giat membaca sekarang ni.. den bertekad at least dalam 1 minggu den akan habiskan 1 buah buku... harap diperkenankan dan dipermudahkan tuhan...
No comments:
Post a Comment