Wednesday, February 16, 2011

aku dan jam...


Jam...or watch...aku suka benda ni disebabkan oleh banyak faktor... Pada aku, setiap manusia akan mencapai tahap kecemerlangan...akan rasa perlukan perubahan ke arah yang lebih baik...akan menjadi baik dan sempurna...cuma yang membezakan antara setiap individu ialah masa.... tempoh yang perlu diambil untuk memahami sesuatu perkara...duration to achieve something....masa untuk menjadi baik...semuanya berkaitan dengan masa...

Sebenarnya dalam kehidupan seharian...sememangnya tuhan dah tentukan masa kita...bangun di awal pagi...waktu subuh...rehat sekejap waktu zuhor...berhenti kerja dan mula waktu ridah waktu asar...perubahan waktu....siang ke malam....maghrib dan isyak menandakan kita boleh berehat panjang...betapa cantiknya aturan Allah...kejadian siang dan malam...yang penuh hikmah dan bahan untuk berfikir bagi orang yang ingin mencari kebenaran dan bukti kekuasaan Allah...


kalau secara jangka panjang...kita perlu ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...apa dia?
1. sihat sebelum sakit...

2. kaya sebelum miskin..

3.lapang sebelum sibuk..

4.muda sebelum tua...

5.hidup sebelum mati...


semuanya berkisar tentang masa...so hargailah masa..sesuatu yang tidak ternilai harganya...sehinggakan dalam Al Quran Allah berfirman dalam surah Al Asr... demi masa...sessungguhnya manusia berada dalam kerugian...kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati ke arah kebenaran dan menasihati ke arah kesabaran...betapa besarnya peranan masa...masa yang berlalu terus berlalu...


fikir-fikirkan...

Tuesday, February 8, 2011

jelas, terang dan nyata



Anyway for this entry i take it from others with permission and i put it here... May Allah bless us...

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalamcouple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.

Fikir-fikirkan dan renunglah dalam dalam..

once upon a time, Vietnam cakap kat aku...ye ke pegang perempuan tak boleh cik...aku cakap memang tak boleh pegang perempuan yang bukan mahram...hukumnya haram dan berdosa.... pastu dia ckp kat aku balik...tapi cik benda tu kan dah jadi common...biasa je...mcm takde salah pun... Inilah masalahnya...hukum tetap hukum...kebiasaan tidak akan mengubah sesuatu perkara...haram tetap haram...halal tetap halal... benarlah kata Rasullulah, di akhir zaman yang benar dipandang serong..hina tetapi yang batil dan salah dipandang mulia...Astaghfirullah...jauhi kami semua dari terjadi perkara sedemikian...