Monday, November 29, 2010

lembu punya bau...



entri kali ni aku nak citer pasal korban....kisahnya bermula apabila aku sampai di rumah pada malam raya yang lepas lingkungan pukul 11 lebih..

pabila sampai ke laman rumah...hidung aku terbau sesuatu...sesuatu yang sepatutnya tidak mungkin wujud bau tu di kawasan kejiranan aku ni... ah lantakla...aku pun masuk rumah...aku pi ke dapur...bau tu datang semula...kali ni lebih kuat..

rupa-rupanya mak aku cakap esok wat korban...ptg td bpk aku tambat lembu kat pokok belakang rumah...patut pun ada bau...ceh...

gambar atas...jiran2 aku sedang melapah daging...
gambar bawah...proses timbang utk agihan..

anyway apa yang pentingnya ialah di sebalik ibadat korban ni...fikir fikirkan...

Tuesday, November 16, 2010

jalan-jalan...


entry kali ni selain nak ucapkan selamat hari raya aidil adha...aku juga nak ucapkan selamat bercuti dan selamat pengantin baru kepada kawan2 aku...memang tengah musim sekarang ni...anyway biasanya lepas majlis perkahwinan...the first thing yang usually orang buat ialah pi honeymoon....

antara tempat yang selalu memanggil ialah panggilan pulau langkawi...kira oklah pulau langkawi ni...sume dalam satu...ada air terjun...pantai...muzium....lagenda mahsuri yang terkenal....shopping...aktiviti x treme...dan macam2 lagi...ni untuk local destinationla..

bali adalah antara tempat menarik yang selalu dilawati...apa yang ada kat bali ni...mcm2 ada...tetapi bali ni terkenal dengan kekayaan sumber budaya dan sejarah silamnya...pantainya yang indah...keindahan alam semulajadi...sawah padi...gunung berapi....dan kat sini juga masih ada gunung berapi yang masih aktif antaranya gunung batur... yang baru sahaja memuntahkan laharnya sekitar tahun 2000...tapi kat bali ni bukan kawasan muslim...so makanan halal kena berhati-hati sikitla... selain tu medan pun menarik gak... lake toba dan perjalanan ke sana memang menakjubkan... air terjun si piso-piso sungguh menunjukkan kekuasaan ilahi...

tapi kat sini aku nak promosi Sarawak especially Kuching....apa yang ada kat sini...macam2 antaranya kg budaya entrance fee for non sarawak rm 60... yang menempatkan kesemua rumah2 kaum yang ada di sarawak, pantai damai... di santubong... semanggok- tempat pemuliharaan orang hutan, jong crocodile.. tempat buaya, hehe kat sini memang byk buaya masa aku pi dulu fee utk non local rm 15... matang wildlife... muzium yang menjadi kebanggaan rakyat sarawak, yang ni free of charge ada byk kat kuching...muzium kesenian islam, muzium textile, muzium seni, muzium antropologi dan mcm-mcmlah.... selain tu kat kuching ni byk tempat2 makan, so apa lagi maila ke sarawak...hehe

entry kali ni saja promote sarawak sebab bosan takde orang...sume orang dah bercuti..tinggalla beberapa kerat je kat office ni...

Wednesday, November 3, 2010

meletakkan sesuatu pada tempat yang betul


entry kali ni aku nak cerita pasal meletakkan sesuatu pada tempat yang betul...apa tu? ek eleh memangla orang letak pada tempat yang betul...takkan orang letak pada tempat yang salah pulakkan...tapi banyak orang pada hari ini tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang betul...

apa buktinya?? ya cuba kita lihat dalam bab solat...kebanyakkan orang pada hari ni mewajibkan solat sunat aidil fitri dan solat sunat aidil adha tetapi mengabaikan solat fardhu lima waktu...tak ke pelik tu...yang wajib ditinggalkan, yang sunat besungguh-sungguh pulak...dahla kalau solat pun di akhir waktu pastu tak pakai baju pula....aduh sadis sungguh jika dibandingkan dengan solat hari raya...datang awal...pakai baju yang tercantik...berkilat-kilat lagi...(aku tak cakap tak boleh pakai lawa2 n datang awal ke masjid untuk solat sunat hari raya ok...cuma jangan sampai menidakkan hak yang wajib...itu yang lebih utama)

cuba kita lihat...kalau ada orang pegang babi..contohnya suatu ketika dahulu heboh diperkatakan mengenai mengenai seorang pelajar veterinar...menyambut kelahiran babi...siap ada pulak yang mempertikaikan perempuan islam itu pakai tudung...ada pulak perempuan yang tak reti nak tutup aurat ni berbangga...aku ni tak tutup aurat pun tapi tak pegang babi...peh..macam baguih je... tapi banyak orang lupa...pegang babi tak dosa..setakat aku hidup dah 27 tahun ni...tak pernah pulak aku dengar mana-mana ustaz kata pegang babi ni haram...yang pasti makan babi itu haram...memangla babi ni tergolong dalam kategori najis berat tetapi cukup dengan sertu sahaja...(kebanyakkan orang panggil samak tetapi masa aku belajar kat sek agama dulu samak untuk bersihkan kulit binatang menggunakan bahan2 yang tajam seperti tawas kapur @bahan2 kimia)...dan tak perlu pulak kita bertaubat kerana pegang babi...

tapi kebanyakan manusia pada hari ni yang seolah-olahnya memperjuangkan Islam memberi reaksi sekiranya seseorang tu pegang babi macam dosa besar kena bertaubat...tetapi kalau pegang tangan ataupun salam dengan orang yang bukan muhrim tu macam tak salah je...kadang2 kat majlis2 yang konon2nya menyambut kebesaran hari2 dalam Islam tetapi habis semua orang disalamnya..tak kiralah muhrim ke halal ke haram ke janji salam...kononnya hormat orang la tu...tak menyombong...cit podah...tulah padahnya kalau hukum akal tanpa ilmu yang memimpin diri...