Tuesday, August 24, 2010

budaya...


entry kali ni berkisar tentang perkara yang nampak kat masjid malam td...seperti biasa sepanjang bulan ramadhan ni masjid penuh dan meriah dengan pelbagai jenis manusia..so bila dah ada pelbagai jenis manusia of coursela ada pelbagai jenis ragam..

td aku sampai masjid lambat sikit(sebenarnya banyak..dah rakaat akhir solat isyak), so aku duk di saf belakang..bila duk belakang ni maka luasla pemandangan..depan aku ni ada sekumpulan budak muda..maybe around form 4 or form 5 @ br habis sekolah...aku perhatikan diorang pakai rantai n gelang...aku wat tak kisah jelah..dalam hati aku, mungkin diorang tak tahu lelaki muslim takleh memakai rantai dan gelang..tp bdk2 ni kira oklah masih lg ada kesedaran nak dtg masjid..

habis 8 rakaat, macam biasalah..bertempiaran manusia2 yang ada dalam masjid ni keluar..macam ada bom nak meletup je gayanya...so aku pun ke saf yang jauh di hadapan..depan aku kali ni..sorang pakcik yg umur dia lingkungan 40 an ke 50 an...pemberatnye lebih kpd 50 an..

apa yang menariknye, pakcik ni punya rantai lg besar dr budak td..boleh dikatakan 12-13 kali lebih besar..so dalam hati aku berkata...patutla bdk2 ni suka pakai rantai..generasi sblm dia lebih hebat rupanya...alahai kesiannya...

No comments:

Post a Comment