Tuesday, January 14, 2014

bom mulut...

Dari Ibnu Abbas RA  Nabi SAW masuk ke dalam rumah orang Arab Dusun untuk melihat dia sakit. Kata Ibnu Abbas: Pernah Nabi SAW apabila dia masuk ke rumah orang yang sakit untuk melihatnya, baginda bersabda:Tidak mengapa! Sembuh, insya-Allah. Ucap nabi kepada orang sakit itu. Tidak mengapa, sembuh, insya-Allah!  Jawabnya: Tuan katakan: Sembuh . Sebenarnya itu demam panas yang sedang meluap dan mengancam orang yang sangat tua dan akan membawa maut.  Nabi SAW bersabda:Ya, benar katamu itu. [hadis riwayat Bukhari]

Huraian Hadith: 
 
Menziarahi orang sakit adalah salah satu amalan baik yang digalakkan oleh Islam. Hal ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan persaudaraan ataupun ikatan kasih-sayang tetapi juga merupakan satu kaedah merawat penyakit secara psikologi kerana dengan kunjungan tersebut diharapkan akan mendatangkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi harapan kepadanya untuk segera sembuh dari sakitnya itu. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, kita hendaklah berkata atau bersikap lemah lembut kepada pesakit dan mengucapkan perkataan yang baik kepadanya seperti mendoakan kesihatannya dan sebagainya. Jangan sekali-kali membicarakan sesuatu yang menambahkan kesedihannya apalagi memutuskan harapannya untuk sembuh.
 
Entri kali ni berkaitan adab melawat orang sakit.. Den memang sengaja pilih tajuk ni sebab sangat berkaitan dengan den buat masa ni... actually atuk wife den sedang sakit yang agak tenat dan sedang berada di bawah kawalan rapi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Dan macam biasa ramaila sedara mara yang datang melawat dan bila dah ramai yang datang ni bukan semuanya tahu adab, kadang-kadang terlebih kurangnya adab.. petang td wife den cerita kat den, ada sepasang suami isteri datang melawat, si suami bolehla pulak berkata: ish dah tak lama dah ni.. and si isteri pula menambah: a'ah ni dah tak lama ni...ni pun bertahan sebab ada mesin oksigen je..ni bomb namanye..
 
Agak-agakla wei nak cakap macam tu pun, kan sakit hati orang yang dengar. Kalau nak cakap jugak, cakapla nanti bila korang dah balik nanti. Sepatutnya kehadiran mereka menjadi penawar bukannya menjadi racun yang mujarab, membunuh jiwa secara senyap. Dulu masa den kat mrsm dulu, ada sorang kawan ni demam biasa je, pi klinik doktor sahkan dia kena kanser and lagi sadis dah tahap merbahaya and dijangka dapat hidup lagi 2-3 bulan je. Apalagi mamat ni terus dah tak semangat nak belajar, dah fikir nak mati je.. memang duk kat surau jelah. Anyway tak lama lepas tu, doktor tu tarik balik..rupanya tersalah baca laporan perubatan. Pengajarannya hati dan jiwa yang mati lebih dahsyat dari fizikal yang mati..kalau orang lumpuh separuh badan tapi semangatnya kuat Insya Allah dengan izin Allah dapat sembuh kembali, tapi kalau dah mati semangat dan jiwannya tu yang seolah-olah dunia dah berakhir baginya..
 
Anyway, hadis di atas menerangkan amalan menziarahi orang sakit mengikut cara Rasulullah. Sempena Maulidurrasul ni den mengingatkan diri den dan semuanya agar kita sentiasa berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah, jangan beria buat sambutan maulid je, pagi-pagi berarak lepas tu balik dari berarak dah pakai seluar pendek ngan singlet basuh keta kat laman rumah. Ingatla Abu Jahal adalah antara orang yang paling gembira menyambut kelahiran nabi, yelah sebagai bapa saudara nabi tetapi akhirnya bila nabi menyebarkan Islam dialah antara orang yang paling menentang Rasulullah. So kita janganla jadi macam tu, beria menyambut kelahiran nabi tetapi tiada penghayatan, sepatutnya maulidurrasul ni menjadi platform kepada kita untuk lebih mengenali Rasulullah dengan lebih dekat, mendalami segala sunnah yang ditinggalkan samada yang tersurat mahupun yang tersirat..
 
Semoga ada manfaatnya..Wallahualam...

No comments:

Post a Comment