Sunday, March 13, 2011

repair ur heart


Hari ni hari ahad...so bila hari ahad...yang pastinya adalah hari minggu n bermaksud cuti.. kat luar pulak hujan yang agak lebat...apalagi tidur paling terbaikla wa cakap sama lu... tapi mcm biasa kul sekitar 4.20 am aku dah terjaga... ah nanti dulula kul 5.. bila dah kul 5...15 minit lagilah... akhirnya pukul 5.18 am aku tekadkan hati n terus bangun... ni kalau terus ikutkan hati ni mau lepas subuh gak aku bangun... baki masa yang tersisa sempatla jugak aku solat sunat tahajud n sunat hajat.. siap je solat terdengar azan pun berkumandang...

Bila azan aku terfikir pulak nak pi masjid ke tidak... hati kata pi... tapi dalam otak still berkira2.. ala kalau solat kat umah pun ok... solat awal waktu lg, kalau difikirkan aku masih bagus lagi dari orang yang solat subuh gajah... n masih bagus lagi jika dibandingkan dengan orang yang terus tak solat... lagipun kan darurat... hujan lebat... kete pulak pada Vietnam..

Dalam berfikir-fikir tu aku solat sunat subuh... selesai je solat, aku terus ambil kunci motor n rain coat... n dalam otak aku, aku nak solat kat masjid pagi ni... kerana aku yakin semakin sukar untuk kerjakan sesuatu perkara maka semakin besar ganjaran yang Allah sediakan.. ni juga sebenarnya titik tolak kesan daripada Vietnam... maybe not direct from him but.. sebab bila kita nak suruh orang buat sesuatu perkara kita mestilah terlebih dahulu melakukannya... itu prinsip aku setakat ni...

Aku juga selalu cakap kat Dia, semua yang berlaku tu dah diaturkan tuhan.. samada sebagai ujian mahupun sebagai rahmat... so kalau aku pun tak dapat melepasi ujian hujan bagaimana aku nak suruh dia cuba melepasi cara kehidupannya sebelum ni... sebenarnya Islam ni semakin dalam kita meghayatinya maka semakin manis rasanya... semakin kita rasa diri ini sentiasa disayangi n dilindungi.. ada kuasa yang sentiasa menggerakkan kita ke arah kebaikan... pada aku maybe inilah yang dikatakan hidayah Allah.. satu perasaan yang lain..


Seperti biasa, pagi Ahad kuliah Subuh dari Ustaz Md Khir.. pagi ni dia cerita penghalang-penghalang yang akan dihadapi oleh anak-anak Adam untuk berbuat baik, macam tau-tau je ustaz ni dengan keperluan aku ketika ni... ni pun sebenarnya aturan Allah.. kerana semua yang berlaku adalah dengan izin Allah jua.. ustaz ni cakap ada 4 perkara yang akan menjadi penyebab kepada seseorang untuk tidak melakukan perkara kebaikan dan mengajak ke arah kejahatan..

Pertama ialah syaitan, musuh manusia yang paling utama... kedua ialah nafsu, iaitu diri kita sendiri, kehendak yang wujud dari dalam diri sendiri..
ketiga ialah keseronokan dunia, apa tu keseronokan dunia... iaitu perkara yang melalaikan.. kalau kita suka dengan burung sehingga menyebabkan kita lalai dengan perintah Allah.. maka burung tu juga termasuk dalam keseronokan dunia.. dan keempat ialah manusia, manusia ni termasukla kaum keluarga, kawan-kawan, masyarakat sekeliling dan seumpamanya.

Oleh itu, berwaspadalah... ubatilah hati kita dengan cuba sedaya upaya melaksanakan segala perintah Allah dan hindarilah diri kita dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah. Memang... diakui pada peringkat pertama terasa sangat sukar...tetapi percayalah Allah akan memberi kemudahan kepada hambanya yang ingin dan cuba berbuat kebajikan.. Insyaallah..semoga kita sama-sama dapat melaksanakannya..

No comments:

Post a Comment