Wednesday, November 6, 2013
salam maal hijrah 1435
assalammualaikum dan salam sejahtera,
saya mulakan warkah di blog ini semula dari cuti yang panjang dengan entri salam maal hijrah..secara umumnya kita mungkin menafsirkan hijrah itu sebagai berpindah atau berubah dari yang lama kepada yang baru, yang buruk kepada yang lebih baik, dan yang seangkatannya...jarang dan agak pelik sekiranya ada di kalangan kita yang menggunakan hirah ini untuk suatu perubahan yang teruk...dari baik kepada yang lebih buruk...
mungkin hijrah seperti Rasulullah yang merupakan hijrah secara zahir..berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain yang lebih baik agak sukar bagi sesetengah orang tetapi kita boleh berhijrah yang mungkin agak ringan dan mudah...hijrah secara batin...hijrah sikap dan hijrah cara berfikir....
hijrah sikap tidak memerlukan sebarang bayaran, tidak memerlukan "forwarding company" untuk mengangkut barang dan tiada persekitaran baru...cuma kita yang akan dapat merasakan suatu kelainan dalam diri kita...kelainan ini mungkin terjadi disebabkan oleh layanan persekitaran yang mungkin telah berubah disebabkan oleh perubahan cara berfikir dan sikap kita...
anyway sedikit perubahan mungkin besar impaknya..biar hari ini kita terasa asing dan pelik tetapi akhirnya kitalah pendokong kepada sebuah perubahan.. apa perubahan sekalipun yang cuba kita lakukan...pastikan ianya tidak bertentangan dengan akidah kita sebagai seorang Muslim dan memberi sumbangan kepada dunia Islam secara amnya...
jika kita lihat anugerah tokoh maal hijrah(antarabangsa) tahun ini diberikan kepada Dr Zakir Naik...lihat bagaimana dia berusah memberi sumbangan kepada dunia Islam...mungkin suatu hari nanti kita juga mampu memberi sumbangan sepertinya...apapun niat perlu ada...
akhir kata salam maal hijrah 1435...semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah dan dikurniakan kehidupan yang berkat...Amin...
adaptive to change, receptive as challenge..
2 Muharam 1435..3.14 pm...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment