entry kali ni aku nak cerita pasal meletakkan sesuatu pada tempat yang betul...apa tu? ek eleh memangla orang letak pada tempat yang betul...takkan orang letak pada tempat yang salah pulakkan...tapi banyak orang pada hari ini tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang betul...
apa buktinya?? ya cuba kita lihat dalam bab solat...kebanyakkan orang pada hari ni mewajibkan solat sunat aidil fitri dan solat sunat aidil adha tetapi mengabaikan solat fardhu lima waktu...tak ke pelik tu...yang wajib ditinggalkan, yang sunat besungguh-sungguh pulak...dahla kalau solat pun di akhir waktu pastu tak pakai baju pula....aduh sadis sungguh jika dibandingkan dengan solat hari raya...datang awal...pakai baju yang tercantik...berkilat-kilat lagi...(aku tak cakap tak boleh pakai lawa2 n datang awal ke masjid untuk solat sunat hari raya ok...cuma jangan sampai menidakkan hak yang wajib...itu yang lebih utama)
cuba kita lihat...kalau ada orang pegang babi..contohnya suatu ketika dahulu heboh diperkatakan mengenai mengenai seorang pelajar veterinar...menyambut kelahiran babi...siap ada pulak yang mempertikaikan perempuan islam itu pakai tudung...ada pulak perempuan yang tak reti nak tutup aurat ni berbangga...aku ni tak tutup aurat pun tapi tak pegang babi...peh..macam baguih je... tapi banyak orang lupa...pegang babi tak dosa..setakat aku hidup dah 27 tahun ni...tak pernah pulak aku dengar mana-mana ustaz kata pegang babi ni haram...yang pasti makan babi itu haram...memangla babi ni tergolong dalam kategori najis berat tetapi cukup dengan sertu sahaja...(kebanyakkan orang panggil samak tetapi masa aku belajar kat sek agama dulu samak untuk bersihkan kulit binatang menggunakan bahan2 yang tajam seperti tawas kapur @bahan2 kimia)...dan tak perlu pulak kita bertaubat kerana pegang babi...
tapi kebanyakan manusia pada hari ni yang seolah-olahnya memperjuangkan Islam memberi reaksi sekiranya seseorang tu pegang babi macam dosa besar kena bertaubat...tetapi kalau pegang tangan ataupun salam dengan orang yang bukan muhrim tu macam tak salah je...kadang2 kat majlis2 yang konon2nya menyambut kebesaran hari2 dalam Islam tetapi habis semua orang disalamnya..tak kiralah muhrim ke halal ke haram ke janji salam...kononnya hormat orang la tu...tak menyombong...cit podah...tulah padahnya kalau hukum akal tanpa ilmu yang memimpin diri...
jadi kau berani ke nak pegang babi?
ReplyDeleteni bukan masalah berani ke tak mat...ni bab hukum...haram tetap haram...
ReplyDelete